Friday 1 March 2013

sedih~~

Aku diantara yg turut sedih di atas tragedi yg menimpa 2 komando 69 yang terkorban semasa pertempuran dgn penceroboh di lahad datu. Semalam kami diminta pulang awal kerumah berikutan kejadian tersebut. situasi cemas semalam susah nak cerita.. hari nie kebanyakan operasi anak syarikat felda diarahkan tutup sementara dan baru sebentar tadi helikopter mendarat di Sahabat dimana Dato' Hishamuddin tiba dan khabarnya beliau akan terus berada dsni sehingga pencerobohan ini tamat.
Masa tak mengizinkan untuk aku kongsi bnyak cerita sbb lepas nie aku kena balik cepat
ke kg di Tungku.. Hari nie trpaksa msuk ofis siapkan report memandangkan awal bulan walaupun jalan sunyi sepi dan polis menasihatkan penduduk terutama yg tinggal area tungku-felda sahabat utk mengurangkan aktiviti luar. 
Takziah kepada keluarga arwah yang terkorban. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin..
Takziah sekali lagi.