Thursday 4 May 2017

ESCAPE Penang

Entry kali ini aku nak kongsikan pengalaman pergi dekat Escape Penang. Memang bestttt gileeerrr.. hehehe..

Actually, aku pegi tahun lepas bulan October 2016.. so kiranya ni macam t/back la. sebab baru ada masa jenguk blog.

ESCAPE ni sangat sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran sebab banyak ‘game’ dan bermacam-macam jenis halangan yang boleh kita main. Halangan yang Escape ni create Nampak simple tapi sebenarnya menguji ketahanan fizikal dan mental.


Ok, ada beberapa perkara yang perlu di ambilkira sebelum pergi ke Escape.

1. Escape terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Jalan kesana agak berliku dengan laluan mendaki dan sempit. Siapa yang guna kereta automatik memang selesa berbanding aku yang drive kereta manual.

2. Escape dibuka dari pukul 9 pagi- 6 petang. Sesiapa yang pergi dinasihatkan pergi awal. Kalau boleh pukul 9 pagi tu dah terpacak dekat depan. Hehe.. sebab game dekat Escape memang kena main sehari suntuk. Time aku pergi, sehari suntuk pun tak cukup sbb aku datang dah pkul 11 pagi. Ni rasa nak repeat lagi sebab ada game yang tak dapat main.

3. Tiket walk in RM83. Beli online lagi murah. 24 jam sebelum dapat harga RM73 dan kalau beli online 3 bulan sebelum dapat 50% off. Anyway, ni untuk adult.. kalau untuk kids aku lupa nak servay.

4. Ada banyak game dan obstacle tapi game aku paling suka adalah “monkey business”. Game ni ada 3 level. Tengok macam senang tapi sapa yang tiada stamina tu (macam aku) memang akan rasa serangan sakit badan dan sendi lepas balik nanti.. haha.

5. Pastikan bawak GLOVE (penting sangat2) sebab aku main monkey business tu habis lebam tangan sebab kena berpaut dari pokok ke pokok tu memang banyak guna kekuatan tangan sebenarnya.

6. Makanan tak boleh bawak masuk. Kena beli dekat dalam. Escape ni gunakan sistem E-Wallet untuk beli makanan/minuman. No cash dekat dalam tu.

7. Bagi saya Escape tidak begitu sesuai untuk kids 6 tahun kebawah.

8. Digalakkan pergi ramai-ramai dengan member sebab sokongan moral memang sangat berguna terutama yang tersangkut dekat tengah tali tu macam member aku.. haha.. aku hanya mampu jerit dari hujung pokok tu. “bebbb.. u boleh! U can do it!’’ kahkahkah. Actually, untuk setiap obstacle pokok ke pokok, hanya sorang di benarkan untuk satu masa. So kalau member kita stuck dekat tengah kita tak boleh pergi tolong tarik dia just bagi teriakan sokongan jak.

9. Safety dekat Escape memang tip-top. Kalau rasa dah tak boleh move, gayut je la dekat harness tu. Hehe.

10. Tidak boleh bawa kamera/hp kalau pegang dekat tangan atau letak dalam poket. Tak boleh selfie2 dekat atas tu.. haha.. safety first!

11. Last but not least, jangan lupa sarapan sebelum masuk Escape untuk berikan tenaga. Lepas sehari suntuk dekat Escape, rasalah nanti badan sakit 2 3 hari lepas balik rumah (bagi yang takda stamina mcm kitaorg) :p


                                                    

monkey bussiness

                                           

ok chauuu...;p