Friday 25 July 2014

27 ramadhan

Sedar tak sedar hari ni dah 27 ramadhan. Tidak lama lagi lagi Syawal akan menjelang tiba. Entry kali ni, saya bukan nak cerita tentang raya ya.. sebab belum raya lagi pun.. ^__^

Setelah sekian lama, baru ada masa update blog memandangkan sepanjang ramadhan ni agak sibuk sedikit.. (sibuk la sangat kan..) haha.. anyway, sepanjang ramadhan saya nak kongsi rutin seharian :

1. Balik awal
Setiap hari boleh dikatakan saya akan berdiri tegak depan finger print mesin, merenung jarum jam berdetik tepat jam 4. hihi.. Di Sabah buka puasa awal, so saya akan balik awal sebab driving jauh..
2. Tidur
Bulan puasa agak kurang tidur sedikit sebab siang pergi keja. Balik jam 4 sampai rumah berbuka puasa. Lepas solat isya', pergi solat sunat terawih, pulang dah jam 9.30, sampai rumah biasanya saya akan tido jam11 malam. jam 3.30 pagi bangun sahur, solat subuh dan bersiap pergi kerja. Tapi takpala.. ramadhan datang setahun sekali saja. :)
3. Aktiviti kebajikan syarikat
Seperti ramadhan yang lepas-lepas, ramadhan tahun ni macam biasa kami adakan sumbangan ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Moga dapat meringankan beban mereka. Aminn..

Hari ni suasana pejabat agak bosan sedikit, mungkin sebab mood raya yang menerpa.. Tapi saya maintain ja.. keja macam biasa. sedikit sebanyak ada juga rasa sedih mengenang ramadhan yang mula berganjak pergi. Ramadhan yang didalamnya penuh dengan keberkatan, kemuliaan dan pahala berlipat ganda.

itu saja untuk kali ini. Salam..