Wednesday 29 January 2014

Sup Hameed Penang Road~~

Sudah 2 hari selepas saya, kak sal and the geng pegi makan sup..

Masa naik kereta tu, saya memang tak tahu lokasi makan sup tu dimana sebab saya kan sabahan, memang tak expert kalau tempat-tempat yang spesifik dan tersorok nie.

Ok, dijadikan cerita kami pergi berlima, saya (sabah), kak Sal (kajang), kak Ita (kajang), Gayathri (penang) dan Ija (penang). Tuan punya kereta ialah kak Sal, so semestinya dia driver.. hehe.. Satu-satu kita orang kak Sal ambil dekat bus stop di desasiswa masing-masing and finally kami pun bergerak menuju ke lokasi sup melalui Pintu Sungai Dua.

Hampir 15 minit kami dah sampai Georgetown, kak Sal cakap lokasinya di Gerogetown dekat dengan CityTel Hotel. Namun hampir 30 minit kami berpusing-pusing masih tak jumpa. Setiap kali kami pusing-pusing mesti sampai ke Balai Polis Georgetown. Ikutkan hati, macam mahu masuk Balai tu tanyakan alamat dimana lokasi Sup Hameed. Yang peliknya, 2 orang member nie orang penang.. pun boleh sesat.. Haha.. Akhirnya, kita orang masing-masing buka "Waze". Guna waze pun masih berpusing-pusing di tempat yang sama.. aduhhh~~ dan kali ke tiga akhirnya kami jumpa juga Sup Hameed Penang Road tu.. Actually, ianya betul-betul dihadapan Hotel Malaysia dan Hotel Continental, Penang dan bersebelahan dengan stesen minyak Shell. Secara luarannya, Restoran Sup Hameed nie nampak biasa saja dan terletak di tepi jalan raya. Orang yang datang memang ramai sebab tu meja-meja letak sampai dekat luar. Terbaik!!
 
 
Haaa~~ ini rupa dia Sup Hameed yang kami sesat pusing-pusing cari
 
 
Ruang Dalam
 

Kami pilih untuk makan di dalam sebab di luar semua dah penuh. Lagipun majority lelaki yang lepak makan di luar. Segan noh..
 

Ni sup saya yang punya.. hehe.. Saya makan Sup Daging dan yang lain semuanya makan Sup Kambing. Saya tak makan kambing.. huhu ruginya~~
 

Dari kiri Kak Sal dan Ija
 

Dari kiri sebelah saya Kak Ita dan Sis Gayathri
 

Yang nie Sup Kambing.. terbaik dari lading ^__^

 
Disini kalau makan Sup, ianya akan turut disertakan dengan 2 keping roti bersaiz besar. So, kiranya makan sup bersama roti. This is my first time, sebelum nie saya makan sup dengan nasi kosong.
 
Sup dekat Sup Hameed nie, rasa dia memang kaw-kaw dan sodap.. Sesiapa yang on diet tu, jangan pergi sini dulu noh.. hehe, tapi kalau nak datang juga boleh, esok pagi jogging satu round.. haha.. just kidding.. sekali sekala apa salahnya kan.. :)
 
Salam and peace!!


Tuesday 28 January 2014

Alone~~

Entry kali nie saya nak cerita pasal roommate yang tinggalkan saya.. huhu.. bunyi macam sedih ajoo kan..

ok, anyway.. saya di usm, penang sekarang. Kalau last year saya di Desasiswa Fajar Harapan, semester kali ini saya di Desasiswa Indah Kembara (IK). Minggu lepas my roommate, Zila suddenly balik kg dia dekat Pitas, Sabah. Dia ada masalah sedikit.. Actually, saya dan dia roommate sejak tahun satu lagi.. So, kali nie pun kami daftar bersama.. tapi apa boleh buat dia kena pulang..

Yang sedihnya, saya bersendirian di bilik. Hurrmmm.. sunyi tu boleh tahan lagi, tapi takut tu yang tak boleh tahan terutamanya kalau malam mahu ke bilik air.. Haaiisssshhh.. Lepas tu tido menghadap katil sebelah yang kosong, macam-macam yang saya imagine.. huhuhu.. So, terpaksa saya tido buka lampu meja belajar.

Saya duduk blok L07 di tingkat paling atas (tingkat 3) akibat lambat mendaftar sebab kalau daftar awal akan dapat bilik bawah dan ramai pelajar. Dekat blok saya nie, ada 2 bilik ja yang ada penghuni daripada 7 bilik yang ada.. yang satu bilik tu student Chinese yang duduk, itu pun pernah bertembung sekali masa nak pergi pantry. CNY mesti dia orang balik kg celebrate. Kesimpulannya saya akan duduk sendiri di bilik tanpa roommate di blok yang sunyi sepi.

Hari nie saya tiada kelas, so dalam bilik tido ajolah.. sarapan pagi dan makan tengah hari saya langsung takda turun kantin. Saya makan biskut Quaker saja di bilik + air mineral. Malam nie memang plan turun makan di kantin sebab perut dah berbunyi minta di isi.. Tetapi, tup-tup mesej masuk daripada Kak Sal ajak keluar makan sup.. wahhhh.. orang kata rezeki jangan di tolak.. So, sekarang dah hamper pukul 8 malam.. Saya gerak dulu makan sup~~~ ^__^

 
Salam and peace!!

Wednesday 15 January 2014

new year~~ (^___^)

Firstly, "Selamat Tahun Baru 2014" ^__^
Moga tahun nie akan memberi lebih banyak kebahagiaan, kegembiraan, kejayan dan juga keberkatan

Biarkan tahun 2013 berlalu membawa kenangannya bersama.

Soalan klishe, apa azam tahun nie?? kalau saya di ajukan soalan macam nie, confirm saya akan ambil masa setengah jam untuk fikir.. haha. Ok, azam saya tahun nie :-

1. Jadi hamba Allah s.w.t yang lebih baik
2. Anugerah dekan (tahun akhir baru nak dekan, haha)
3. Xperia Z
4. Guilin, China
5. Travel with Star Cruises (haaa.. yang nie paling awal termakbul, this Jan)

Sekarang nie, saya sibuk bergelumang dengan tugasan dan study memandangkan due date dah dekat.  Jadual memang best giler sebab tarikh yang ada kuliah memang cun. So, tarikh yang saya takda kuliah tu, memang dah siap highlight destinasi Ria.. (^__^)

That's all for this time, nak confirm booking Star Cruise dulu.

Anyway, can't wait for a magical journey on the high sea.. :)

 
Salam and peace! (^__^)