Masa naik kereta tu, saya memang tak tahu lokasi makan sup tu dimana sebab saya kan sabahan, memang tak expert kalau tempat-tempat yang spesifik dan tersorok nie.
Ok, dijadikan cerita kami pergi berlima, saya (sabah), kak Sal (kajang), kak Ita (kajang), Gayathri (penang) dan Ija (penang). Tuan punya kereta ialah kak Sal, so semestinya dia driver.. hehe.. Satu-satu kita orang kak Sal ambil dekat bus stop di desasiswa masing-masing and finally kami pun bergerak menuju ke lokasi sup melalui Pintu Sungai Dua.
Hampir 15 minit kami dah sampai Georgetown, kak Sal cakap lokasinya di Gerogetown dekat dengan CityTel Hotel. Namun hampir 30 minit kami berpusing-pusing masih tak jumpa. Setiap kali kami pusing-pusing mesti sampai ke Balai Polis Georgetown. Ikutkan hati, macam mahu masuk Balai tu tanyakan alamat dimana lokasi Sup Hameed. Yang peliknya, 2 orang member nie orang penang.. pun boleh sesat.. Haha.. Akhirnya, kita orang masing-masing buka "Waze". Guna waze pun masih berpusing-pusing di tempat yang sama.. aduhhh~~ dan kali ke tiga akhirnya kami jumpa juga Sup Hameed Penang Road tu.. Actually, ianya betul-betul dihadapan Hotel Malaysia dan Hotel Continental, Penang dan bersebelahan dengan stesen minyak Shell. Secara luarannya, Restoran Sup Hameed nie nampak biasa saja dan terletak di tepi jalan raya. Orang yang datang memang ramai sebab tu meja-meja letak sampai dekat luar. Terbaik!!
Haaa~~ ini rupa dia Sup Hameed yang kami sesat pusing-pusing cari
Ruang Dalam
Kami pilih untuk makan di dalam sebab di luar semua dah penuh. Lagipun majority lelaki yang lepak makan di luar. Segan noh..
Ni sup saya yang punya.. hehe.. Saya makan Sup Daging dan yang lain semuanya makan Sup Kambing. Saya tak makan kambing.. huhu ruginya~~
Dari kiri Kak Sal dan Ija
Dari kiri sebelah saya Kak Ita dan Sis Gayathri
Yang nie Sup Kambing.. terbaik dari lading ^__^
Disini kalau makan Sup, ianya akan turut disertakan dengan 2 keping roti bersaiz besar. So, kiranya makan sup bersama roti. This is my first time, sebelum nie saya makan sup dengan nasi kosong.
Sup dekat Sup Hameed nie, rasa dia memang kaw-kaw dan sodap.. Sesiapa yang on diet tu, jangan pergi sini dulu noh.. hehe, tapi kalau nak datang juga boleh, esok pagi jogging satu round.. haha.. just kidding.. sekali sekala apa salahnya kan.. :)
Salam and peace!!
Tq for sharing...jap lagi nak gi..hotel saya dekat ngan sup hameed
ReplyDeleteWc.. enjoy your soup.. :)
ReplyDeleteMemang best makan sup Hameed ...
ReplyDeletewww.hasrulhassan.com