Thursday 28 June 2018

Bimbang

Menjalani hidup penuh dengan pilihan
bagaikan tersekat di tengah-tengah..
persimpangan yang kadang sulit
takut berakhir dengan luka
sedangkan luka lama masih disitu sedang ingin sembuh
aku disini tapi tidak ada disini
pejamkan mata dan cuba bernafas lega
memikirkan hikmah yang kurasa sangat tulus

Ok tahun ni aku rasa tahun paling epik dan turning point dalam hidupku. Aku decide untuk menempuhnya dengan sebaik dan sekuat mungkin. Dalam masa fikiranku yang agak pening-pening lalat ni, aku listkan perkara-perkara yang aku pertimbangkan sambil2 menghadapi situasi mendatang ni.. check it out;

1. Stay healthy and cun (hahaha)
2. Jogging 3 kali seminggu
3. Yoga (ni buat dekat rumah)
4. Study (cima in progress)
5. Travel (wajib ni)
6. Pass keja2 aku yg bertimbun ni pada second line aku dan staff2 lain.. (memang aku struggle ajar drg lepas ni) i think it's time for me to take a break.. balik awal lepak depan tv makan snack smbil minum peelfressh.. aku kena nikmati hidup dengan lebih berkualiti and say no to nerd-life.. hahha. Tapi still part reporting, executing and monitoring aku kena buatla kan.. mana bole mkn gaji buta. eh panjang pla item no. 6 ni..
7. Kahwin dan ada anak (ini pengakuan berani mati yang pernah aku buat.. bole koma sapa yang baca) tapi tak salah pun pasang angan-angan. #jodohrahsiaAllah
8. Transfer oversea next year maybe... hurmm

Ok 8 angan-angan ja la dulu..

-aku-


Syawal

Waa.. Selamat Hari Raya untuk aku..

Raya tahun ni paling rare dan complicated dalam hidup aku. So kali ni aku cuti raya 2 minggu dan lepas balik dari kg aku sakit dan demam berhari-hari. sabar ja la.. hehe

Dalam 2 minggu ni aku tengok rakaman drama tajuk rahsia hati perempuan dan semalam aku tengok filem Tenggelamnya kapal van der wijk. Aku tengok cerita ni memang deep. In life, things happens around us and sometimes happens to us. Moral of the stories is always follow your heart because we deserve to be happy. Tidak semua orang akan berjaya untuk move on even after many years apatah lagi kalau ianya cinta sejati. Bila kita buat keputusan untuk tidak mengikut apa yang hati kita mahukan kerana ingin menjaga hati banyak pihak, suatu hari kita akan sedar bahawa ia sebenarnya hanya melukakan hati sendiri membuat kita lebih menderita. Sebab tu pertahankan lah cintamu walau seperit mana dugaan kerana walau pahit di permulaan, akan bahagia kemudian. Cinta sejati itu tidak akan pernah pudar dan selalu ada di dalam hati walau apapun yang terjadi sebab tu jangan pernah mengalah.

Now dah nak masuk bulan Julai, means budget will start sooon.. tax computation also.. waa!! these 2 things will make me dizzy.. (no la. this time should be ok.. hehe).

Ok about travelling, aku dah cancel trip pegi Cambodia last month kan, tapi aku ada trip yang lagi best dan aku kena pergi.. sebab tempatnya memang cantik.. Sekarang aku buat ja research sikit2 dari awal.. sampai masa nanti xla kelam kabut kan.. i really hope i will be there (semangat betul.. haha) tapi maybe next year sebab cuti aku tinggal sikit dan susah dapat cuti hujung2 tahun ni. Lagipun this year aku dah travel 2 negara so berehat la dlu..

that's all
-aku-

Monday 28 May 2018

12 Ramadhan

ahlan wasahlan ya ramadhan..

selamat berpuasa.. semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan rahmat dari-Nya.
Hari ini suda 12 ramadhan dan so far puasa aku masih penuh hingga hari ini. Sejak pulang dari korea april lepas, berat aku susut dalam 4kg (mungkin sebab dekat sana banyak kena jalan kaki). Then masuk bulan puasa berat aku susut lagi dalam 3kg so in total 7kg la kan. Ramai tegur kenapa aku jadi hanya sekeping.. hehe. Actually xla kurus sangat pun..

Ok bulan puasa ni aku banyak habiskan masa di ofis dan rumah ja. Ke bazar 2 kali - 1st masa outstation dekat pasir gudang, 2nd dekat area rumah aku.. (kasi can pegi bazar tengok suasana.. makanan mmg best2).

Terawih buat di rumah ja, sahur dan berbuka makan kurma rasa suda cukup. Paling koman aku goreng telur dan makan nasi putih. Kalau di kira-kira, aku banyak berbuka di ofis berbanding di rumah. Bulan puasa ni ofis hour berbeza which staff balik awal (rsanya bnyk company lain pun applied). So, aku berbuka sorang2 dekat ofis makan kurma sambil termenung pandang siling.. sedih pun ada.. huhu..

Bukan xpernah puasa jauh dari family sebelum ni contoh masa study, tapi keadaan berbeza dengan sekarang. Dulu masa study kawan-kawan ramai. Di hostel, ramai-ramai bangun pegi sahur apalagi waktu berbuka memang riuh la bilik atau kantin. Beza dengan skrg ni bila suda kerja, berbuka dan sahur lebih banyak sendiri. kawan2 rapat pula semua jauh-jauh..

Tapi so far aku ok. masuk tahun ni, suda 3 tahun aku jauh di transfer kerja disini. Tabah atau tidak kena survive juga.. aku plan thn depan macam mau minta transfer.. pegi mana tu aku tgh fikir2 (rahsia).. hehe

Actually masa muda adalah paling sesuai cari pengalaman melihat dunia dan tambah pengalaman. Lagipun company aku bagi benefit banyak bila aku kena transfer (kebajikan mmg kena jaga). Sebab tu la aku tak bantah bila kena transfer mana-mana. Cuma bila jauh dan sendirian aku jadi kadang2 fragile lagi-lagi bila bulan puasa atau bila aku sakit.

Travel aku pause jap buat masa ni.. bagi laluan pada bulan ramadhan. Sepatutnya lusa 30hb aku fly ke Cambodia tapi aku decide to cancel. Mesti ada hikmah tu.. :) lain kali boleh ja pun plan lagi.

that's all for this time
-aku-

Wednesday 16 May 2018

Luang Prabang, Laos

This time aku nak share pengalaman aku pergi ke Luang Prabang, Laos. Actually, dah lama nak tulis pasal entry ni tapi baru ada masa. Ok check it out;

Sabaidi!:) (Hello!)

Luang Prabang terletak di utara Laos dan dah dekat dengan sempadan China dan agak jauh dari Vientiane. So, Luang Prabang ni agak sejuk cuacanya berbanding di tempat lain di Laos. Kalau mandi pagi dan petang memang lama la aku termenung nak sentuh air tu punya sejuk. Pagi dan petang rasa dingin. Actually cuacanya panas mcm malaysia juga tapi angin dia sejuk. Ok ni cuaca time aku pegi pada hujung bulan November 2016. Org sana cakap bulan-bulan lain boleh tahan panas juga.

Ok aku pegi backpack - buat research sendiri, itinerary sendiri, semua plan sendiri. Luang Prabang ni listed under UNESCO, tempat yang sangat unik dan rare. Dulu kena jajah oleh Perancis (memang bangga betul diorang sebab banyak jumpa orang Perancis disana nampak sangat muka bangga berjalan di atas bumi Luang Prabang tu).

aku tinggal dekat Khonesavanh Guesthouse (gambar atas ni dekat depan Khonesavanh). 5 hari dekat sana aku bayar USD44. Dekat Luang Prabang ni mata wang adalah KIP. Tapi US dollar pun diorang terima.

Luang Prabang Airport

Royal Palace.
This palace kalau nak masuk ada beberapa peraturan yang kita kena ikut which is no camera, no h/p, no shoe (kaki ayam), no short pants/skirt - ni rule sama macam kalau pegi Borobudur, Yogya. (siapa yang pakai seluar/skirt pendek tu kena sewa kain/seluar dekat luar palace) dan last sekali 
No kain or scarf atas kepala 
- ok ni memang cobaan sebab aku pakai tudung. masa ni aku memang rasa takda harapan dah nak masuk sebab aku takkan buka tudung la kan. Aku tengok ada bberapa pmpuan muslim bertudung (maybe msia or thailand) pulang dengan hampa sbb tak dapat masuk tapi aku masih beratur dalam barisan cuba nasib. haha.. then smpai turn aku, as expected staff tu cakap (diorang staff kerajaan dibawah pelancongan sebab aku nampak id card diorg) "ms, no scarf im sorry". Aku reply "could you please consider it. i'm muslim" lepas tu aku tambah lagi "i came from far..". Staff tu nampak serba salah then dia suruh aku tunggu sebab dia nak tanya bos dia dulu. Tak lama tu dia datang together with 3 staffs (maybe pgawai atasan dia kot). Diorg tengok aku sambil befikir.. haha.. then nampak topi aku trgntung dekat poket seluar.. haha.. guess what? lepas tu diorg sruh aku kemaskan tudung yang aku pakai dan hujung tudung lilit dekat leher kemas-kemas then pkai tu topi.. haha terbaik. then aku lalu kwsn pemeriksaan lepas tu aku pun masukla dalam.. epic kan.. haha.
Bila da masuk baru aku tahu kenapa rule dia ketat macam tu. sebab dalam tu baaanyak emas tulen.. seriussssss. crown/gelas/pinggan/jongkong emas (100% pure gold). Even ada dinding ukiran pun kena salut dengan emas. Paling win tu, kerusi singgahsana raja tu pun emas.. Maybe concern diorg nanti ada yang curi masukkan dalam scarf.. haha (make sense right).
Bila aku dah keluar, muslimah ada yang heran pndang aku cmna bole lepas masuk.. hehe (ok ni masa aku pegi 2016 ya. sekarang tak pasti klu diorg dah kaji rule tu sbb ramai orang msia ke sana lepas tu sbb airasia buat direct flight ke Luang Prabang dah)


Luang Prabang ni banyak Wat sebab majoriti penganut Budha. Ni salah satu yang aku pegi pusing-pusing.


kawasan muzium

Ni Tourist Information Centre

Sungai Mekong. Betul-betul depan Khonesavanh tempat aku stay. Setiap petang aku akan duduk tepi nie tengok sunset (dalam hati malasnya mau balik msia.. hehe). Anyway, magnificent view ever. 

Ni sangat femes dekat Luang Prabang. Sapa yang pegi jangan lupa beli. Handmade. Kena belajar bahasa Lao sedikit sebelum datang specially "tao dai"=berapa harga ni.. hehe

Ni pun sama. Wajib beli sebab sangat berkualiti. Ni kain tenun handmade and value for money. Lepas tu design sangat unik identiti Luang Prabang. Aku beli satu dengan niat kalau suatu hari aku kawin nanti nak jahit jadi baju nikah/kawin (sampai sekarang aku masih simpan baik-baik).

Since Laos ni negara yang terletak di tengah Indochina (takda laut), so pendapatan utama diorang adalah pelancongan dan hasil kraftangan. Setiap malam ada Night Market dekat Luang Prabang ni dan wajib pergi. Aku 5hari dekat sana, hari-hari pergi sebab best.


Kuang Si waterfall pun cantik sangat2 dan 1st time seumur hidup aku nampak waterfall yang airnya biru sebirunya macam tu. macam tasik puteri bunian ja aku tengok. Of course aku terjun mandi sebab belum tentu aku akan datang lagi tapi aku bertahan 5 minit ja dalam tu kalau tak boleh jadi jed aku nanti. Airnya sejuk sangat masa tu macam terjun dalam ais.

That's all about me and Luang Prabang. Actually macam-macam lagi cerita unik yang jadi pengalaman dan juga kenangan sebab tu aku suka travel dan explore the world.. Untuk pusing-pusing Luang Prabang boleh sewa basikal.. sangat berbaloi round pagi-pagi dan juga malam.  Anyway, sana tiada shopping mall ya, karaoke ka, cinema ka. Diorg sangat authentic menjalani kehidupan seharian. Mereka agak mundur tapi aku takda nampak seorang pun peminta sedekah disana. Barang dapur (beras/sayuran/buah) sangat murah sbb tu kot diorg mampu jalani kehidupan dengan baik. 
Kebanyakan kanak-kanak sana tidak bersekolah tapi masa aku pegi tu dah ada satu sekolah hasil sumbangan daripada Obama masa dia jadi presiden US. Time aku lepak urut kaki, budak-budak dekat situ excited cerita dekat aku pasal Obama datang siap bagi tengok gambar (smua cakap Obama baik sangat). Dan ada beberapa kali time aku lepak (dekat luar Royal Palace, tepi sungai Mekong, Phousi Hill) ada beberapa budak-budak datang nak belajar English..hehe. Aku ajarla sikit2 yang basic.

Last but not least, jgn lupa bawak mknan lebih sikit sebab sana restoran halal tak banyak (yg ada Nisha restoran dan 1 dekat sungai mekong). Aku 5hri dekat sana siang malam makan roti paratha dengan kari dal.. punyala aku rindu dengan nasi rsa macam mau nangis.. (smpai klia, benda aku cari dulu adalah nasi goreng kg.. haha). 

-aku-
















All about me

Inside she's wreck
When u see her, she looks perfectly fine
Deep down her mind is a mess
When she's with you she looks happy
When she's alone she's fragile
This girl is full of dreams...
She wants to escape her town,
Met new people, travel,
Explore the world, and go on fun road trips at midnights
And perhaps one day
She'll be truly happy.
And when your ask her "are u ok?"
For once she'll say, "i'm fine"
And it wouldn't
Be a lie..

It's true when people said that love happened when you less expected. Ianya datang tanpa isyarat dan tanpa kata. Cinta yang pergi, biarkanlah.. jika ianya tidak kembali bermakna ia bukan milikmu. Cinta itu membebaskan dan jika ia kembali, itulah cinta sejati dan ia milikmu.

-aku-
16052018

Friday 6 April 2018

You are the reason

I didn't  know why, there is some pain and aches inside my heart. its hurt me inside.. the most painful is, i don't know what is the reason.. im hopeless.. sometime i feel like i deserve to be happy. The sad story in my life makes me struggling so much..then.. I'm blessed when someone came and give his hand to me. There goes my heart beating.. he help me to rise again through a winding road. I'd climb every mountain and swim every ocean probably bcoz of him. If i could turn back the clock. i'd make sure the light defeated the dark..

My heart keep bleeding every time i think of it.. Thank you for everything..

i'll try my best to be strong..

#wmh
#lifejourney




Its Friday, March.
Selepas bergelumang dengan year-end audit, finally i can managed  the workload to lead my team..
Our teamwork was awesome.. Alhamdulillah..

Now, baru rasa penatnya.. aku demam dan batuk2.. badan lesu rasa mau baring jak. But now, im getting better.

Hidup sendiri di perantauan ni kena kuat dan tabah sikit.. kena spread my wings and learn how to fly.. sometimes i stare out my window, dreaming.. what could be? if i end up happy.. so, i'd pray..




Monday 19 February 2018

its 2018

it's 2018

Miracle 2017 will always live on in my memories..

I really hope for a better year 2018
Hope dreams come true..