Sabaidi!:) (Hello!)
Luang Prabang terletak di utara Laos dan dah dekat dengan sempadan China dan agak jauh dari Vientiane. So, Luang Prabang ni agak sejuk cuacanya berbanding di tempat lain di Laos. Kalau mandi pagi dan petang memang lama la aku termenung nak sentuh air tu punya sejuk. Pagi dan petang rasa dingin. Actually cuacanya panas mcm malaysia juga tapi angin dia sejuk. Ok ni cuaca time aku pegi pada hujung bulan November 2016. Org sana cakap bulan-bulan lain boleh tahan panas juga.
Ok aku pegi backpack - buat research sendiri, itinerary sendiri, semua plan sendiri. Luang Prabang ni listed under UNESCO, tempat yang sangat unik dan rare. Dulu kena jajah oleh Perancis (memang bangga betul diorang sebab banyak jumpa orang Perancis disana nampak sangat muka bangga berjalan di atas bumi Luang Prabang tu).
aku tinggal dekat Khonesavanh Guesthouse (gambar atas ni dekat depan Khonesavanh). 5 hari dekat sana aku bayar USD44. Dekat Luang Prabang ni mata wang adalah KIP. Tapi US dollar pun diorang terima.
Luang Prabang Airport
Royal Palace.
This palace kalau nak masuk ada beberapa peraturan yang kita kena ikut which is no camera, no h/p, no shoe (kaki ayam), no short pants/skirt - ni rule sama macam kalau pegi Borobudur, Yogya. (siapa yang pakai seluar/skirt pendek tu kena sewa kain/seluar dekat luar palace) dan last sekali
No kain or scarf atas kepala
- ok ni memang cobaan sebab aku pakai tudung. masa ni aku memang rasa takda harapan dah nak masuk sebab aku takkan buka tudung la kan. Aku tengok ada bberapa pmpuan muslim bertudung (maybe msia or thailand) pulang dengan hampa sbb tak dapat masuk tapi aku masih beratur dalam barisan cuba nasib. haha.. then smpai turn aku, as expected staff tu cakap (diorang staff kerajaan dibawah pelancongan sebab aku nampak id card diorg) "ms, no scarf im sorry". Aku reply "could you please consider it. i'm muslim" lepas tu aku tambah lagi "i came from far..". Staff tu nampak serba salah then dia suruh aku tunggu sebab dia nak tanya bos dia dulu. Tak lama tu dia datang together with 3 staffs (maybe pgawai atasan dia kot). Diorg tengok aku sambil befikir.. haha.. then nampak topi aku trgntung dekat poket seluar.. haha.. guess what? lepas tu diorg sruh aku kemaskan tudung yang aku pakai dan hujung tudung lilit dekat leher kemas-kemas then pkai tu topi.. haha terbaik. then aku lalu kwsn pemeriksaan lepas tu aku pun masukla dalam.. epic kan.. haha.
Bila da masuk baru aku tahu kenapa rule dia ketat macam tu. sebab dalam tu baaanyak emas tulen.. seriussssss. crown/gelas/pinggan/jongkong emas (100% pure gold). Even ada dinding ukiran pun kena salut dengan emas. Paling win tu, kerusi singgahsana raja tu pun emas.. Maybe concern diorg nanti ada yang curi masukkan dalam scarf.. haha (make sense right).
Bila aku dah keluar, muslimah ada yang heran pndang aku cmna bole lepas masuk.. hehe (ok ni masa aku pegi 2016 ya. sekarang tak pasti klu diorg dah kaji rule tu sbb ramai orang msia ke sana lepas tu sbb airasia buat direct flight ke Luang Prabang dah)
Luang Prabang ni banyak Wat sebab majoriti penganut Budha. Ni salah satu yang aku pegi pusing-pusing.
kawasan muzium
Ni Tourist Information Centre
Sungai Mekong. Betul-betul depan Khonesavanh tempat aku stay. Setiap petang aku akan duduk tepi nie tengok sunset (dalam hati malasnya mau balik msia.. hehe). Anyway, magnificent view ever.
Ni sangat femes dekat Luang Prabang. Sapa yang pegi jangan lupa beli. Handmade. Kena belajar bahasa Lao sedikit sebelum datang specially "tao dai"=berapa harga ni.. hehe
Ni pun sama. Wajib beli sebab sangat berkualiti. Ni kain tenun handmade and value for money. Lepas tu design sangat unik identiti Luang Prabang. Aku beli satu dengan niat kalau suatu hari aku kawin nanti nak jahit jadi baju nikah/kawin (sampai sekarang aku masih simpan baik-baik).
Since Laos ni negara yang terletak di tengah Indochina (takda laut), so pendapatan utama diorang adalah pelancongan dan hasil kraftangan. Setiap malam ada Night Market dekat Luang Prabang ni dan wajib pergi. Aku 5hari dekat sana, hari-hari pergi sebab best.
Kuang Si waterfall pun cantik sangat2 dan 1st time seumur hidup aku nampak waterfall yang airnya biru sebirunya macam tu. macam tasik puteri bunian ja aku tengok. Of course aku terjun mandi sebab belum tentu aku akan datang lagi tapi aku bertahan 5 minit ja dalam tu kalau tak boleh jadi jed aku nanti. Airnya sejuk sangat masa tu macam terjun dalam ais.
That's all about me and Luang Prabang. Actually macam-macam lagi cerita unik yang jadi pengalaman dan juga kenangan sebab tu aku suka travel dan explore the world.. Untuk pusing-pusing Luang Prabang boleh sewa basikal.. sangat berbaloi round pagi-pagi dan juga malam. Anyway, sana tiada shopping mall ya, karaoke ka, cinema ka. Diorg sangat authentic menjalani kehidupan seharian. Mereka agak mundur tapi aku takda nampak seorang pun peminta sedekah disana. Barang dapur (beras/sayuran/buah) sangat murah sbb tu kot diorg mampu jalani kehidupan dengan baik.
Kebanyakan kanak-kanak sana tidak bersekolah tapi masa aku pegi tu dah ada satu sekolah hasil sumbangan daripada Obama masa dia jadi presiden US. Time aku lepak urut kaki, budak-budak dekat situ excited cerita dekat aku pasal Obama datang siap bagi tengok gambar (smua cakap Obama baik sangat). Dan ada beberapa kali time aku lepak (dekat luar Royal Palace, tepi sungai Mekong, Phousi Hill) ada beberapa budak-budak datang nak belajar English..hehe. Aku ajarla sikit2 yang basic.
Last but not least, jgn lupa bawak mknan lebih sikit sebab sana restoran halal tak banyak (yg ada Nisha restoran dan 1 dekat sungai mekong). Aku 5hri dekat sana siang malam makan roti paratha dengan kari dal.. punyala aku rindu dengan nasi rsa macam mau nangis.. (smpai klia, benda aku cari dulu adalah nasi goreng kg.. haha).
-aku-
No comments:
Post a Comment