Kali nie saya nak kongsi pengalaman masa mendaki Gunung Kinabalu.. Memang pengalaman yang sangat best dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Bagi saya, kalau nak mendaki gunung nie yang paling penting adalah mental. Semangat mesti mau kuat, kalau tidak, memang tak sampai puncakla jawabnya..
Diantara gambar-gambar yang dapat saya kongsikan:- check it out...
Salah satu signboard yang akan di temui semasa mendaki.
penat + lenguh + kurang oksigen + sejuk = fuuuuhhhhhhh!!
Pemandangan di kawasan pertengahan Gunung. Kebanyakan tumbuhan dan pokok bersaiz renek dan kecil walaupun usia ribuan tahun
Berehat sebentar.
Lelaki baju biru tu is our guide. Very cool guide.
Sekali lagi saya berehat sebentar. Actually, semakin tinggi pendakian, semakin banyak saya berhenti berehat sebab penat sangat. Nafas pun tidak menentu akibat oksigen yang kurang
Masa nie suda sampai atas gunung. Tetapi, belum sampai ke peak.
Its me! sedikit lagi hendak sampai ke "peak"
Masa nie, mulut dan hidung dah merah sebab terlalu sejuk. Dah macam selesema.
Finally.... Believe it or not, I'm here..
Yang nie masa turun dari gunung. Turun gunung nie tidak boleh berhenti-henti sebab nanti kaki dan paha kejang dan tambah sakit.
Sun rise
Menuruni dataran gunung yang landai..
Saya masih ingat, semasa saya tengah mendaki gunung dalam kepayahan dan kepenatan, terdetik dalam hati " confirm, inilah kali pertama dan terakhir aku naik gunung nie.. tak sanggup da.." hehe..
Sampai hari ini, saya memang tidak teringin lagi nak naik Gunung Kinabalu untuk kedua kali, ngeri bila ingat penat, payah dan sejuknya masa tidur semalam di Gunting Lagadan/Laban Rata di pertengahan Gunung tu. Tidur dalam keadaan sejuk yang amat sangat, semua jari kaki dan tangan kebas dan kejang. Heater pula tidak disediakan dan kepala berdenyut sakit. Nasib baik masa tu saya pakai glove/stokin 2 lapis, baju 3 lapis. Panadol telan 2 biji, vitamin 2 biji. Sepanjang pendakian makan kurma sebab kalau makan coklat akan membuatkan saya cepat dahaga. Anyway, siapa yang berniat mendaki Gunung jangan lupa bawa hair dryer.
Semasa bangun jam 2 subuh di penginapan (Gunting Lagadan), ada beberapa pendaki dah surrender dan mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan pendakian ke puncak pada Subuh itu. Rombongan saya sahaja, 4 orang tarik diri dan 2 orang lagi tarik diri di pertengahan hendak sampai ke puncak. Seperti yang saya katakan, semangat perlu kuat dan jangan cepat berputus asa.
Saya ingat lagi semasa mendaki, ada sepasang pendaki dari Turki yang menjerit " Oh My God, My heart!!!". Mungkin jantung dia berdegup laju masa tu.
Anyway, jangan pula takut dan risau untuk mendaki sebab it's the best moment ever when you climb Gunung Kinabalu. It's hard to say the feeling. Hanya mereka yang pernah mendaki yang tahu bagaimana rasanya. Yang paling penting, persiapan amat perlu dan jangan bawa beg berat-berat sebab beg saya yang 2kg pun bila dah mula mendaki makin lama macam dah 7kg.
Dan bila dah sampai puncak, jangan lupa untuk kumpul semula kekuatan untuk turun sebab kalau dah tak boleh turun, 1kg=RM15 upah guide angkat sampai bawah. Kalau berat 65kg? Bayar RM975 lah jawabnya. hehehe
Bila dah sampai bawah, rasalah bagaimana serangan sendi-sendi kaki, betis dan paha yang kejang. Saya bila sampai sahaja ke rumah pulang dari mendaki, 2 hari tak boleh jalan lurus. Sakit kaki dan paha seminggu baru hilang.
That's all for this time.. Salam and peace!!
No comments:
Post a Comment