Friday 15 May 2015

Hard Time


Hampir 6 bulan aku berada disini. Banyak saat-saat sukar yang aku hadapi disini membuatkan aku rindu pada keluarga dan rakan-rakan di kg halaman. Menghadapi saat-saat sukar ini sendiri juga membuatkan aku rasa sedih dan kadangkala airmata jatuh tanpa aku sedar. 

Manusia memang tidak ada yang sempurna dan tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. Namun kita perlu sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri tanpa rasa jemu. Iri hati, dengki, mengumpat dan bersangka buruk adalah salah satu daripada penyakit hati. Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya;dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta" surah al-baqarah ayat 10. Semoga aku tidak tergolong di kalangan mereka yang mempunyai penyakit hati. 

Imam syafie pernah berkata "Sebesar-besar keburukan seseorang itu ialah mereka yang bercerita mengenai keburukan orang lain sedangkan mereka ada keburukan itu". 

Berhadapan dengan masa-masa sukar ini, tiada sebaik-baik perkara yang aku perlu lakukan melainkan bersabar. Sabar kadangkala pahit namun rasanya indah selepas itu. Aku hanya perlu menarik nafas dalam-dalam dan bersabar. Semoga aku akan terus diberikan kesabaran yang teguh. Walau apapun yang terjadi aku tahu yang aku ada DIA yang Maha Berkuasa dari segalanya dan aku tidak perlu takut melainkan kepadaNya. Menyedari hakikat itu, hati aku menjadi lapang dan masih mampu tersenyum dan berbuat baik. Aku pasti ada hikmah disebaliknya.

Aku berdoa semoga mereka dan juga aku sendiri diberikan hidayah kerana hidayah itu milik Allah dan milik Allah sahaja. Semoga aku dijauhkan daripada penyakit hati, ujub dan sombong. "Didalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk daging itu, maka burukla keseluruhannya dan yang membezakan manusia adalah buruk atau baik daging itu. Sesungguhnya daging itu adalah hati.."

Kepada mereka yang ada diwaktu aku senang dan susah disini, tiada ungkapan terima kasih yang dapat digambarkan untuk aku luahkan. Semoga Allah membalas jasa baik dan murahkan rezeki kalian.

Kepada mereka yang melukakan hati, aku maafkan dengan seikhlasnya kerana Allah.

Bulan hadapan sekali lagi aku akan menduduki peperiksaan untuk yang terakhir untuk sem akhir. Belajar sambil bekerja memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Kerja yang banyak, tesis yang rumit memang membuatkan aku pening. Bulan hadapan juga inshaa Allah akan bertemu ramadhan buat kesekian kalinya.. tak sabar.. :)



Ini saja untuk kali ini, salam and peace

No comments:

Post a Comment