Tuesday 2 August 2022

Shaklee Vivix untuk Czer

 Womaigod.. its already 2022 gaisss

last entry aku 2019 hahaha punya lama.. Ok now i'm a mother of twin, boys. Panjang perjalanan dan pengalaman selama mengandung twin smpailah melahirkan. Kadang2 bila ingat balik.. perghh seram haha, aku macam bukan orang selama 9 bulan tu. Dia punya alahan memang tahap boleh terjun tingkap..

Anyway entry ni aku nak share pasal shaklee Vivix.. serius gaiss memang hebat vivix ni that is why Shaklee patent kan produk ni. Aku bersalin czer untuk twin ni so aku memang standby vivix ni dalam beg. Sapa yang tak pernah ada pengalaman bersalin czer or nanti akan czer, sini aku share aku punya pengalaman.

1. Doktor decide untuk aku czer sebab twin 1st melintang, tapi doktor bagi aku pilihan kalau nak bersalin normal juga aku kena tanggung risiko. Bila fikirkan keselamatan twin aku, so aku onz czer.

2. Lepas dah book untuk masuk ward aku kena swab covid test-pcr dan lepas result -ve baru bole msuk ward. Suami aku pun swab test pcr sekali sebab dia teman dan jaga aku dekat ward nti. Owh ya, aku bersalin dekat hospital swasta (hospital kerajaan masa tu masih tak benarkan suami teman).

3. Jam 3ptg lebih kurang aku siap-siap untuk dihantar ke bilik bedah. Sampai depan pintu bilik bedah, doktor pakar bius datang perkenalkan diri, brief aku sikit dan aku kena sign borang, aku bius separuh badan ja dan aku cakap dekat pakar bius tu "Doktor, bius betul2 ya jangan salah" hahahaha sebab aku pernah baca artikel seram pasal bius salah ni. Doktor pakar bius tu reply dekat aku, "Dont worry puan, i bius u guarantee 100% u takkan rasa sakit during the operatio" cinggg

4. Masuk bilik bedah aku dipindahkan ke atas meja bedah yg lebarnya memang muat2 ja badan aku. Masa ni sakit contraction aku datang lagi. pedissss weii sakitnya. Masa ni suami aku dekat sebelah bilik bedah tengah diberikan sedikit taklimat, tukar baju bersihkan diri sebelum masuk bilik bedah temankan aku.

5. Untuk proses seterusnya iaitu bius, aku kena duduk dan peluk bantal since aku di bius di tulang belakang. Masa ni kena dalam keadaan rileks dan jangan keraskan badan. Nurse bantu pegang aku untuk support. Pakar bius inject biuse tu tak sampai seminit dan aku xla rasa sakit sangat. macam kena gigit semut ja. Kalau semut merah api yang gigit rasanya lagi sakit haha. Seriously xla sakit sangat.. still bole tahan dan xla lama. Masa kena bius  tulang belakang ni better rileks dan bagi kerjasama so nanti xsalah dan doktor xperlu ulang.

6. Then after that, Dr Nurul masuk siap-siap nak bedah aku. Nurse2 pun dah ready. dekat kepala aku pakar bius dan assistantnya dah standby as well. Dr Nurul ni mmg hebat bagi aku sbb dia sangat cool dan bole sembang2 time belah perut aku tu. Masa tu suami aku dah ada teman aku dan dia bisik zikir2 dekat telinga then aku cakap "kaki dah xrasa apa". Doktor tanya cuba gerakkan kaki, aku mmg xrasa apapun. Then Dr tanya lagi, "rasa tak?" of course aku tak rasa apa. Then aku dgr Dr borak2 dgn nurse2 dia and my husband ckp "sayang Dr Nurul dah start bedah". Dalam 10-15minit macam tu aku rasa perut aku mcm bergoncang then tak lama aku dengar Dr Nurul cakap "Twin 1 out" sambil beliau berselawat.. perghh aku macam speechless dengar suara baby nangis kuat sangat. semua dalam bilik bedah tu berselawat dan paling excited suami aku siap bediri tengok masa doctor keluarkan 1st twin. Lepas tu Dr cakap "eh twin lagi satu ni laju berpusing naik ke atas" haha.. so Dr ambil masa sikit cari dia. then aku dengar "haaa.. dapat kaki dia" then after 3minit Dr nurul shout "Twin 2 out" dan sekali lagi semua dalam bilik bedah tu berselawat. Suami aku paling excited weii tengok 2 ketul tu dah keluar siap kuat lagi tu diorg nangis.. hahaha. Dr Nurul sempat gelak pesan dekat aku. " Good Luck Rezuana" hahaha. Husband aku senyum lebar ja dalam bilik tu dgn muka yang excited dan ckp "waaa syg dah jadi ibu" hehe.. 

7. Twin diberi pada Pediatrician yang memang dah standby dekat situ which is Dr Wong. Aku pula dah start di jahit. So total masa czer ni lebih kurang dalam 45 minit. Lepas tu aku di tolak ke dalam ward and yes perkara pertama aku buat is TIDUR.. hampir 9 bulan aku kurang tidur gaisss.. aku punya rindu tidur menelentang tu bukan kepalang.. hahaha. Suami aku dah tak nampak sebab dia terus pegi nursery tgok twin dan azankan..

8. After czer aku kena baring menelentang tak boleh bergerak selama 6 jam. Aku mmg kurangkan makan sblum czer dan of course puasa sbb risau akan muntah kesan dari bius. so yes, aku langsung tak pening or muntah. Aku tidur dengan tenang ja.. Lepas 3-4 jam kot, bius dah start hilang.. masa tu rasa sakit yang amat di kawasan tempat czer tu. Yala kena belah perut 7 lapisan pula tu memang sakit. Aku diberi ubat tahan sakit dan vitamin C dan kalau masih sakit juga, doktor dah siap standby iv morfin aku cuma press the button ja kalau nak. Masa tu la aku minta suami buka beg dan suap aku vivix. seriousssssly puan2.. memang sakit tu berkurang. Dalam sehari tu aku minum 3x vivix dan sebelum tidur, aku minum lagi.. mmg aku bertenaga dan sakit jahitan sangat sangat berkurang. esoknya aku dah start berjalan ke tandas. Suami sangat-sangat membantu dan jaga aku.. he is very kind and loving (sori puji suami jap) hehe. Lusanya aku dah dibenarkan discharge dan aku masih amalkan vivix. Seminggu lepas tu aku macam dah boleh berlari kot.. power vivix pulihkan luka pembedahan. 

9. Selepas habis pantang luka czer aku pulih dengan sangat baik dan cantik. Of course jangan la sengaja basahkan masa berpantang tu kan. And now, twin aku dah 10 bulan luka czer cantik ja dan perut aku tak buncit sebab luka czer tu cepat sembuh kot.

10. Sapa yang mau try vivix roger2😆

No comments:

Post a Comment