Friday, 18 October 2013

Penang

Entry kali ini saya nak kongsi tentang kenangan dan pengalaman sepanjang berada di Pulau Pinang. Sejak melanjutkan pelajaran di USM Penang,  banyak masa yang saya habiskan di Pulau Mutiara ini. For me, Penang merupakan sebuah pulau yang amat cantik, tenang dan unik.

Banyak kenangan manis dan pengalaman sepanjang berada di Penang. First time sampai di Penang dulu, terpaksa guna GPS sebab kawan saya di Penang pun majoriti orang Sabah yang sama-sama tidak tahu jalan. Yang paling penting, kita tidak akan sesat kalau dalam Penang sebab tiada jalan mati.. Kalau sesat pun, masih di dalam Pulau juga.. hehe
Apa yang best di Penang? check it out!! 
Oleh kerana saya biasanya selalu sarat dengan barang-barang seperti buku yang berat, MAS adalah pilihan yang baik. Kalau booking awal, harga tiket adakalanya murah. Bagi yang cuti jalan2, AirAsia pun ok. Kalau dari Sabah, ada penerbangan terus KK-PEN.
Komtar

Taman Bunga


Masa nie Chinese New Year. So, tanglung cina pun banyak.. :)


Beca yang amat sinonim dengan Pulau Pinang. Biasanya Beca banyak di kawasan Georgetown dan Padang Kota

Georgetown White Coffee



Batu Feringghi


Jagung bakar di antara yang popular di Batu Feringghi

Mat Salleh pun beli jagung bakar.. ^__^


Feri Pulau Pinang. Kalau feri keluar dari pulau, tambang percuma. Kalau masuk tambang RM7


Bukit Bendera. Yuran masuk lebih kurang RM5. Masa saya dengan kawan-kawan guna kad pelajar yuran cuma RM2


Bukit Bendera
  

Sunset


Feri pelancong


Road Walk. Tempat ni banyak jual barang-barang antik dan unik.
Lokasi dekat dengan Stadium P.Pinang


Diantara barangan yang dijual di Road walk 

Diantara barangan yang dijual di Road walk


Jeruk Buah Penang


Jeruk Buah. Sedap!!


Semasa jalan-jalan, saya ternampak ramai orang berkumpul dekat gerai nie.
Rupanya gerai Cendol. Memang popular, Pu Chu Kang pun pernah datang makan di gerai nie


Menunggu giliran


Lepas beli, terus makan dekat situ. Meja tidak disediakan.


Suasana di Pulau Pinang


Banyak lagi tempat yang saya tidak dapat kongsikan disini contohnya Padang Kota, Gurney, Pesta Pulau Pinang dan banyak lagi.. :)

That's all for this time.. Salam and peace!!






Wednesday, 2 October 2013

Evening~~

Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober.. Today is my mother's birthday.. she was a great mom.. love her so much!!

Bulan Oktober kita orang sibuk buat persiapan Family Day. Boleh dikatakan setiap 3 hari buat meeting untuk bentangkan progress bagi setiap tugas masing2.. Anyway, tugas saya of course jadi bendahari.. ^__^

Apa yang best tentang Family Day?

Bagi saya sambutan Family Day banyak perkara yang best-best.. Boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan keluarga. Selain itu, dapat refresh diri daripada kerja-kerja dan rutin seharian. For me, yang paling best sebab dapat banyak hadiah dan makan yang sedap-sedap.. :)

Aktiviti yang paling best time Family Day pula adalah acara sukaneka sebab selain enjoy the game, paling best tengok kanak-kanak main game untuk kategori mereka.. Macam-macam ragam sampai ketawa keluar airmata.. hehe..

That's all for this time.. don't forget.. " Pray not only because we need something but because we have a lot to thank God for"

Salam and peace..!!

Thursday, 26 September 2013

Friday.. ^_^

Salam jumaat... :)

Hari nie tidak sibuk sangat.. so, break time nak update blog sekejap..

Beberapa minggu kebelakangan nie agak membosankan.. sibuk dengan kerja dan assingment yang menyesakkan kepala. 

Sometimes, i feel so empty like a hole in my heart that can't be filled but at the same time i feel that loneliness is a good feeling..

i think i miss someone.. never thought i would miss someone this bad.. Haisssshhh!!


Thursday, 12 September 2013

Welcome September

September..

Masuk bulan september nie bermaksud rutin harian akan kembali normal.. sbb bulan Julai & Ogos kita sibuk berpuasa dan menyambut Hari Raya.. (^__^). 

Tetapi.. bagi aku september masih sibuk dengan majlis-majlis yang akan dibuat.. Rasanya bulan Julai-September paling banyak majlis telah dibuat dan akan dibuat. So, makan pun banyak, sedap-sedap dan paling penting FREE.. hehe

Diantaranya ialah majlis sumbangan ramadhan kepada fakir miskin dan anak yatim, majlis berbuka puasa untuk kakitangan, majlis perpisahan, dan terbaru nie majlis jamuan hari raya dengan vice presiden/CEO.. yang penatnya ialah semua majlis nie kami yang atur dan uruskan.. penaaaattt.. tapi saya ikhlas.. :)

Sekarang nie relax sedikit sebab keja kurang sibuk. Tapi bermula minggu depan kitaorang akan sibuk lagi untuk persediaan Family Day FBSB Zon Sabah.. Moga semuanya berjalan dengan lancar tapi saya tak pasti samada dapat join atau tidak sbb mungkin saya di USM masa tu..

Anyway, sidang baru untuk 2013/2014 USM telah bermula. So, saya akan busy dengan assingment, kuliah dan exam. Harap-harap tiket MAS atau Airasia murah so dapat ulang alik LD-Penang selalu.. 

that's all.. Bye.. ^__^

Friday, 12 July 2013

Salam Ramadhan

Hari nie masuk hari ke-3 berpuasa.. 

So far, semuanya baik-baik sahaja.. takdalah sampai lapar tahap gaban tu.. hehe.
Di bulan puasa nie, jangan terlalu meikirkan hari raya yang mendatang sbb ianya akan membuatkan kita rasa macam lama sangat menunggu.. 

Tetapi, kita penuhkan bulan yang penuh rahmat ini dengan melakukan amal kebaikan dan ibadah serta perkara2 yang baik.

Jangan marah2,
Jangan mengumpat,
Jangan sakitkan hati org di sekeliling kita, :)
Berbuat baik pada semua orang..
Solat sunat tarawih,
Bersedekah dan Zakat.

Bila kita menjadikan bulan ramadan sebagai bulan untuk kita beramal baik dan menghargai bulan ini kerana didalamnya penuh dengan rahmat dan keberkatan dan ianya setahun sekali dan belum tentu lagi kita akan bertemu di ramadhan yang akan datang.. Kita akan rasa ramadan itu berlalu dengan cepat sekali dan bersedih dengan berlalunya ia.

Lastly, banyakkan amal dan ibadah sebab bulan nie kita bebas melakukan amal dan ibadah tanpa gangguan syaitan.. So, enjoy your ramadan.. :)

Wednesday, 24 April 2013

-___-

Wot wooott..

Lama x buka my blog..
Anyway, dalam keadaan cuaca tak menentu skrg, demam dan sakit tekak melanda suda 3 hari.. pegi klinik, dpt mc satu hari.. lemas dan tak bermaya rasanya.

Ikutkan hati, mau jak pegi cuti jalan2. Kalau ikut pakar motivasi, manusia perlukan refreshment untuk mulakan semangat baru. hehe..

Bulan 5 dah plan pegi bandung, tapi gunung berapi di sana tengah aktif dan dikhuatiri meletus daaaa.. so, kena postpond.

Bulan 6 final exam sebulan. Yang ini bukannya refreshment, tapi memerah otak adalah.. sekarang dah jadi mata panda sbb stay up study setiap malam.. (last minit punya pasal). semua kawan2 x sanggup habiskan dalam masa 4 thn. Tapi aku cuba jgk la hbiskan dalam masa 4 thn, lagi cepat lagi lega.. tinggal lagi setahun. harap2 lepas..

Bulan 11 plan pegi China. Harap2 kali nie jadi sbb yuran pakej dah bayar.

Beberapa hari nie rasa boooosan sangat.. mungkin sebab demam yang melanda. Huh!! Maybe aku kena pegi menyelam lagi la kot.. hahaha.. hari tu dah menyelan di Pulau Mabul. Ingat kali nie mau pegi Mataking dan Sipadan. Biar muka merah kena panas yg penting besttt!! :p

Hangat pilihanraya pada masa ini boleh tahan. kempen sana-sini dan banyak lagi cerita pasal politik. Kalau dilayan, memang tak habis. So, aku putuskan utk tak ambil kisah dan undi mana2 yang aku suka.. hehehe..

Last but not least, moga hari-hari yang mendatang akan penuh dengan kegembiraan dan hadapi cabaran yang akan menambahkan lagi pengalaman. salam and peace~~ :)










Friday, 1 March 2013

sedih~~

Aku diantara yg turut sedih di atas tragedi yg menimpa 2 komando 69 yang terkorban semasa pertempuran dgn penceroboh di lahad datu. Semalam kami diminta pulang awal kerumah berikutan kejadian tersebut. situasi cemas semalam susah nak cerita.. hari nie kebanyakan operasi anak syarikat felda diarahkan tutup sementara dan baru sebentar tadi helikopter mendarat di Sahabat dimana Dato' Hishamuddin tiba dan khabarnya beliau akan terus berada dsni sehingga pencerobohan ini tamat.
Masa tak mengizinkan untuk aku kongsi bnyak cerita sbb lepas nie aku kena balik cepat
ke kg di Tungku.. Hari nie trpaksa msuk ofis siapkan report memandangkan awal bulan walaupun jalan sunyi sepi dan polis menasihatkan penduduk terutama yg tinggal area tungku-felda sahabat utk mengurangkan aktiviti luar. 
Takziah kepada keluarga arwah yang terkorban. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin..
Takziah sekali lagi.