ok, anyway.. saya di usm, penang sekarang. Kalau last year saya di Desasiswa Fajar Harapan, semester kali ini saya di Desasiswa Indah Kembara (IK). Minggu lepas my roommate, Zila suddenly balik kg dia dekat Pitas, Sabah. Dia ada masalah sedikit.. Actually, saya dan dia roommate sejak tahun satu lagi.. So, kali nie pun kami daftar bersama.. tapi apa boleh buat dia kena pulang..
Yang sedihnya, saya bersendirian di bilik. Hurrmmm.. sunyi tu boleh tahan lagi, tapi takut tu yang tak boleh tahan terutamanya kalau malam mahu ke bilik air.. Haaiisssshhh.. Lepas tu tido menghadap katil sebelah yang kosong, macam-macam yang saya imagine.. huhuhu.. So, terpaksa saya tido buka lampu meja belajar.
Saya duduk blok L07 di tingkat paling atas (tingkat 3) akibat lambat mendaftar sebab kalau daftar awal akan dapat bilik bawah dan ramai pelajar. Dekat blok saya nie, ada 2 bilik ja yang ada penghuni daripada 7 bilik yang ada.. yang satu bilik tu student Chinese yang duduk, itu pun pernah bertembung sekali masa nak pergi pantry. CNY mesti dia orang balik kg celebrate. Kesimpulannya saya akan duduk sendiri di bilik tanpa roommate di blok yang sunyi sepi.
Hari nie saya tiada kelas, so dalam bilik tido ajolah.. sarapan pagi dan makan tengah hari saya langsung takda turun kantin. Saya makan biskut Quaker saja di bilik + air mineral. Malam nie memang plan turun makan di kantin sebab perut dah berbunyi minta di isi.. Tetapi, tup-tup mesej masuk daripada Kak Sal ajak keluar makan sup.. wahhhh.. orang kata rezeki jangan di tolak.. So, sekarang dah hamper pukul 8 malam.. Saya gerak dulu makan sup~~~ ^__^
Salam and peace!!