Monday 24 July 2017

July

Hidup..
Adakalanya langkah semakin lelah..
Bagaikan ada sesuatu yang membawa semangat bersama..
Adakalanya luka dahulu menyapa sendu..
Bahagia..
Bagaikan telah berlalu pergi..
Namun adakalanya harapan hadir disitu tanpa aku sedari..
Kerana cinta sejati sangat menyentuh hati..
Selama jantung masih berdetak..
Selama itu juga langkah akan ku teruskan..gagahi..
Berjalan menuju harapan yang masih tersisa
dan mengharap ada peneman sepanjang jalan itu..
Diiringi redha dariNya



Wednesday 21 June 2017

27 Ramadhan :)

Hari ni aku agak free sedikit selepas beberapa hari bz meeting.. pagi dan petang..

Jimat betul meeting bulan puasa ni sebab takda makan-makan.. haha. Tapi sebab meeting dekat menara, so penat sikit kena ulang-alik dari balai-menara. Hari ini dan esok sepatutnya meeting juga tapi aku escape hari ini sebab bila selalu meeting ni banyak kerja yang tertangguh..

Pagi2 HR call aku bagitahu aku belum release gaji staff kontrak dekat m2e .. perghh.. rasa bersalah sungguh. huhu. lepas tu aku dapat email personal dari kontraktor yang buat aku lagi rasa macam nak nangis.. so hari ni aku release kan semua apa yang patut.. consider Hari Raya is approaching kan.. so that is why aku escape meeting hari ni dan buat2 lupa..

Ok hari ni kawan2 dekat ofis dah ramai yang start cuti.. yang lucu+sedih tu, actually aku orang first apply cuti sebelum yg lain.. tapi sebab tak dapat tiket terpaksa drag to following day... tapii semalam baru dapat tahu,  pun tak dapat tiket (rupanya aku waiting list ni) so terpaksa drag to lagi satu following day.. yang ni baru confirm.. aduhhhhh.. takpala yang penting balik.

Bangunan ni da mula sunyi sepi sebab ramai cuti start hari ni. Aku buat kesimpulan kebanyakan staff bukan asal kl sebab ramai yang balik kg.. haha

Housemates aku pun balik kg petang ni. so hari ni aku buka puasa dengan kawan aku.. nasib baik mek tu belum balik kelantan.. Ok hari ni kitaorang ada 2nd photoshoot raya. kali ni dengan dato' k. tapi aku join masa pagi2 tu ja sebab lepas tu cameraman datang aku senyap2 blah.. malas nak masuk majalah.. haha.. so aku belanja photoshoot arini.. yang aritu next time aku share.


ok yang ni gambar sekali dengan staff-staff dari LO office. Staff subsi aku  yang 6 orang tu jak.. selebihnya staff LO. ramai yang dah start cuti so tggal kami2 ni jak la.. baju kurung aku nampak serabut d situ.. haha. Lupa nk betulkan bagi kemas2 sikit.. apa yang best pasal gambar ni adalah pasal senyuman..:) macam2 pesen senyum disitu..

-me-
Miss u to the moon🌙😣

Monday 12 June 2017

I love you this much

I love u enough
Enough to compromise for u
Enough to miss u incredibly when we're apart, no matter what length of times it's for and regardless of the distance..
Enough to believe in our relationship, to stand by it through the worst of times, to have faith in our strength as a couple, and to never give up on us..
Enough to spend the rest of my life with u, be there for u and never ever want to leave you..
I love you this much...


-me-




Wednesday 7 June 2017

12 Ramadhan

I'm here...
travel di bulan ramadhan bezanya tak boleh makan dan minum.. hehe.. dan kena sabar  sikit contoh sabar queue utk check in dan time msuk flight.. haha.. actually sama ja pun dengan travel time hari2 biasa.. ;)

Ok dkt sini buka puasa awal sama mcm dekat sabah.. so kira untungla aku arini kan sbb dpt buka awal sejam.. tdi sbuh masa otw ke airport aku lalu gate pondok kawalan keselamatan dan perasan diorg siap pasang lampu kelip2.. huhu.. ikutkan hati mau jak aku tukar tiket melencong balik kg tapi nasib baik aku istighfar banyak dan tampar2 pipi aku supaya sedar yang aku ni outstation ada kerja kena siapkan. Hehe.. Kemelut dalaman company aku semalam buat kitaorg agak terganggu.. Kemarin tiba2 dapat announcement kena ke ofis menara sbb ada pengumuman penting dri chairman. Masa tu hati memang rasa dah tak sedap sebab tak pernah berlaku situasi perhimpunan secara tiba2.. overall, aku susah nak comment sebab isu2 sensitif dan aku pun bekerja dekat dengan top management. Dunia korporat ingat dalam drama korea jak.. huhu. Tapi hari ni, aku rasa dah tak perlu fikir sebab aku pun banyak kerja kena buat dan banyak duit kena kira.. bukan duit aku la kan.. ;p.
Aku stay sni smpai isnin depan.. sepatutnya aku ada exam 11hb tapi kena reschedule.

By the way, disini agak asing sedikit sebab kawasan agak terpencil dari bandar. Plan hujung minggu nak jalan sebab ofis cuti tapi dengar kata lena naik  perahu/bot. Hurmmm.. esok sahur awal harap2 dapat bangun sebab aku failed betul bangun sahur ni. Aku bangun mesti ngam2 dah azan.. takpa, usaha tangga kejayaan.. hehe..

Berbuka tadi aku just minum susu panas sebab risau try makanan banyak2 nanti perut meragam. Sudahla jauuhhhh..

Thats all.. salam n peace..

#accountantlife
#ptpsndo10pm
#cintadirgahayu



Tuesday 6 June 2017

Backpackers Japan

Firstly, aku lupa bila aku start backpack nie.. hehe

Ok. Apa itu "backpackers"? bagi aku ianya adalah mengembara melihat dunia hanya dengan beg sandang. Bagi aku yang penting bila pegi backpack ni adalah;
1. good shoe
2. a hat
3. a book
4. gopro
Backpack ni bukan macam melancong tido hotel/shopping etc. tapi kita mengembara tengok budaya dan tempat orang lain. Aku suka backpack sebab aku suka feeling bila ke tempat dimana tiada sorang pun kenal aku. Lepas tu dapat tengok budaya, karenah orang2 dan yang paling penting aku dapat tengok bumi ciptaan Allah yang terbentang luas ini. Orang kata mereka yang suka berpergian ni sebab mengubat hati yang luka. hehe.. tapi bagi aku, lama kelamaan ianya jadi satu perasaan yang sukar untuk d gambarkan dapat pergi mengembara sebab banyak pengalaman yang menjadikan aku storyteller bila pulang semula ke tanah air. Dulu pernah juga aku minta cuti sebulan sebab nak pegi backpack tapi bos tak bagi lulus.. hahaha

So paling lama pun aku backpack adalah 2 minggu lebih. Entry kali ni aku share pengalaman aku pegi Jepun. Aku pegi Februari 2017 baru-baru ni. masa ni dah nak habis winter so dekat tokyo/osaka suda tiada salji. Cuma di takayama dan shirakawa-go salji masih tebal sebab kawasan pergunungan.

Route aku ; Tokyo-Osaka-Kyoto-Takayama-Shirakawa Go-Tokyo

Aku pegi naik flight Vietnam Airlines; kul-saigon-narita-han-kul. Aku pergi dengan kawan aku Lenny. Actually kami tak plan pergi sama, tapi kebetulan tiket flight kami sama tarikh. haha.. aku plan pergi solo trip jak dan dia pun sama.. tapi tup-tup hari pergi tu sama pulak tapi kami jumpa dekat narita airport sebab dia flight dari KK. Dia tggu aku dekat 2 jam sebab flight dia sampai dulu.

Budaya Jepun memang saaaaaangat terbaik sebab penuh dengan sifat hormat menghormati dan disiplin. Aku rasa kalau hp kita tertinggal dekat kerusi pun, sampai esok pagi masih ada dekat kerusi tu. Mereka memang sangat tinggi integriti. Aku dengan Lenny stay dekat hostel backpacker yang memang canggih macam dalam cerita ultraman. haha.. Hostel di Jepun sangat bersih dan selesa. Hostel di kyoto lagi unik. Best bila ingat time lepak2 dekat hall tu sambil minum milo panas2 (lagi2 masa tu winter) dan borak2 tengok peta.. haha..

Honestly, aku plan akan repeat lagi ke Jepun sebab nak cover sapporo.. Tapiiii ada tapinya.. haha.. tapi after this aku nak mengembara pergi negara2 islam dulu nak tengok tinggalan2 sejarah islam. After raya ni aku plan nak pergi negara Balkan (Kyrgyzstan/Uzbekistan) which majoriti orang islam so senangla cari makan dan masjid/surau pun banyak.. Sebelum ke Jepun, aku dah cover Indo-china (thai/vietnam/laos/cambodia), china, but yes.. semua negara bukan islam dan makanan halal agak susah kecuali thailand ok sikit dekat area selatan. By the way, sepatutnya aku tulis adventure aku ni ikut urutan la kan mana yang aku pergi dulu.. ni tunggang terbalik suda.. hehe.. tapi biarlah, aku jugak pun yang baca.. haha.. nanti aku update pengalaman pergi tempat2 lain tu.

Anyway, for Japan trip.. check it out >>

Aku guna JR Pass sepanjang dekat Jepun. So travel unlimited seluruh Jepun tu. JR Pass ni kena beli di luar Jepun. Aku beli dekat Msia.

Salah satu hostel yang kami stay.. Female dorm of course

Ni dekat Osaka. Ambik gambar untuk kenang-kenangan dengan bullet train di belakang tu.. haha

Universal Studio Japan

Ni dekat Osaka Castle. cuaca saaaangat sejuk. Bila angin bertiup kena muka, dia punya sejuk tu mcm beku jadi ais tu muka. Tngok org blkg tu pun pakai mask.

Osaka Castle

Lobi hostel. Penuh dengan travelling info

Fushimi Inari Shrine, Kyoto. kami sampai dah malam sebab banyak tempat kami singgah.. muka pun siap bepeluh-peluh.. haha.. tempat ni memang cantik. Ok posing ni kawan aku Lenny yg pegang tgn k.. hopefully one day aku boleh buat posing ni dengan si "dia".. ceh.. :p.. hurmm.. apa kabar la dia ya.. moga baik2 saja.. huhu

Last aku nak share pasal Shirakawa-Go. Sapa yang pernah tengok "Jejak Jepun Jihan" dekat astro tu mesti tau. Shirakawa Go adalah perkampungan tertua di Jepun dan ada dalam list UNESCO. Terletak di kawasan pergunungan, rumah-rumah dekat perkampungan ini tidak boleh di jual beli dan perlu di warisi dari generasi ke generasi, Memang sangat cantik.



That's all for this time.. peace and salam


Thursday 4 May 2017

ESCAPE Penang

Entry kali ini aku nak kongsikan pengalaman pergi dekat Escape Penang. Memang bestttt gileeerrr.. hehehe..

Actually, aku pegi tahun lepas bulan October 2016.. so kiranya ni macam t/back la. sebab baru ada masa jenguk blog.

ESCAPE ni sangat sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran sebab banyak ‘game’ dan bermacam-macam jenis halangan yang boleh kita main. Halangan yang Escape ni create Nampak simple tapi sebenarnya menguji ketahanan fizikal dan mental.


Ok, ada beberapa perkara yang perlu di ambilkira sebelum pergi ke Escape.

1. Escape terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Jalan kesana agak berliku dengan laluan mendaki dan sempit. Siapa yang guna kereta automatik memang selesa berbanding aku yang drive kereta manual.

2. Escape dibuka dari pukul 9 pagi- 6 petang. Sesiapa yang pergi dinasihatkan pergi awal. Kalau boleh pukul 9 pagi tu dah terpacak dekat depan. Hehe.. sebab game dekat Escape memang kena main sehari suntuk. Time aku pergi, sehari suntuk pun tak cukup sbb aku datang dah pkul 11 pagi. Ni rasa nak repeat lagi sebab ada game yang tak dapat main.

3. Tiket walk in RM83. Beli online lagi murah. 24 jam sebelum dapat harga RM73 dan kalau beli online 3 bulan sebelum dapat 50% off. Anyway, ni untuk adult.. kalau untuk kids aku lupa nak servay.

4. Ada banyak game dan obstacle tapi game aku paling suka adalah “monkey business”. Game ni ada 3 level. Tengok macam senang tapi sapa yang tiada stamina tu (macam aku) memang akan rasa serangan sakit badan dan sendi lepas balik nanti.. haha.

5. Pastikan bawak GLOVE (penting sangat2) sebab aku main monkey business tu habis lebam tangan sebab kena berpaut dari pokok ke pokok tu memang banyak guna kekuatan tangan sebenarnya.

6. Makanan tak boleh bawak masuk. Kena beli dekat dalam. Escape ni gunakan sistem E-Wallet untuk beli makanan/minuman. No cash dekat dalam tu.

7. Bagi saya Escape tidak begitu sesuai untuk kids 6 tahun kebawah.

8. Digalakkan pergi ramai-ramai dengan member sebab sokongan moral memang sangat berguna terutama yang tersangkut dekat tengah tali tu macam member aku.. haha.. aku hanya mampu jerit dari hujung pokok tu. “bebbb.. u boleh! U can do it!’’ kahkahkah. Actually, untuk setiap obstacle pokok ke pokok, hanya sorang di benarkan untuk satu masa. So kalau member kita stuck dekat tengah kita tak boleh pergi tolong tarik dia just bagi teriakan sokongan jak.

9. Safety dekat Escape memang tip-top. Kalau rasa dah tak boleh move, gayut je la dekat harness tu. Hehe.

10. Tidak boleh bawa kamera/hp kalau pegang dekat tangan atau letak dalam poket. Tak boleh selfie2 dekat atas tu.. haha.. safety first!

11. Last but not least, jangan lupa sarapan sebelum masuk Escape untuk berikan tenaga. Lepas sehari suntuk dekat Escape, rasalah nanti badan sakit 2 3 hari lepas balik rumah (bagi yang takda stamina mcm kitaorg) :p


                                                    

monkey bussiness

                                           

ok chauuu...;p



Monday 31 October 2016

Long gone...

It has been a very long long time..

banyak benda yang aku nak update actually tapi tak tau nak mula dari mana..

wokey..

1st, aku dah habis study dekat usm dan sekarang aku start study CIMA sebab keperluan kerjaya/majikan yang memerlukan aku kena dapatkan CIMA jugak. (baru berangan nak rest setahun dua)

This new promotion and portfolio makes me struggling very much.. Tapi bila mengenangkan yang aku scholarship student, i'll try my best!

2nd, aku telah di transfer kerja buat kali ke-2 dan diberikan tanggungjawab yang 10 kali ganda lagi besar.. Aku harap transfer kali ke-3 dapatlah transfer balik ke kampung halaman yang beribu batu jauhnya merentasi laut china selatan.. hehe.. perancangan Allah itu lebih baik.. is it? :)

Sepanjang 1 tahun aku offline ni, ada beberapa kali jugak aku pegi travel dalam dan luar negeri. Next entry aku akan kongsi.


#alittlebraver
#accountantlife
#bekindandhavecourage