Wednesday 24 April 2013

-___-

Wot wooott..

Lama x buka my blog..
Anyway, dalam keadaan cuaca tak menentu skrg, demam dan sakit tekak melanda suda 3 hari.. pegi klinik, dpt mc satu hari.. lemas dan tak bermaya rasanya.

Ikutkan hati, mau jak pegi cuti jalan2. Kalau ikut pakar motivasi, manusia perlukan refreshment untuk mulakan semangat baru. hehe..

Bulan 5 dah plan pegi bandung, tapi gunung berapi di sana tengah aktif dan dikhuatiri meletus daaaa.. so, kena postpond.

Bulan 6 final exam sebulan. Yang ini bukannya refreshment, tapi memerah otak adalah.. sekarang dah jadi mata panda sbb stay up study setiap malam.. (last minit punya pasal). semua kawan2 x sanggup habiskan dalam masa 4 thn. Tapi aku cuba jgk la hbiskan dalam masa 4 thn, lagi cepat lagi lega.. tinggal lagi setahun. harap2 lepas..

Bulan 11 plan pegi China. Harap2 kali nie jadi sbb yuran pakej dah bayar.

Beberapa hari nie rasa boooosan sangat.. mungkin sebab demam yang melanda. Huh!! Maybe aku kena pegi menyelam lagi la kot.. hahaha.. hari tu dah menyelan di Pulau Mabul. Ingat kali nie mau pegi Mataking dan Sipadan. Biar muka merah kena panas yg penting besttt!! :p

Hangat pilihanraya pada masa ini boleh tahan. kempen sana-sini dan banyak lagi cerita pasal politik. Kalau dilayan, memang tak habis. So, aku putuskan utk tak ambil kisah dan undi mana2 yang aku suka.. hehehe..

Last but not least, moga hari-hari yang mendatang akan penuh dengan kegembiraan dan hadapi cabaran yang akan menambahkan lagi pengalaman. salam and peace~~ :)










Friday 1 March 2013

sedih~~

Aku diantara yg turut sedih di atas tragedi yg menimpa 2 komando 69 yang terkorban semasa pertempuran dgn penceroboh di lahad datu. Semalam kami diminta pulang awal kerumah berikutan kejadian tersebut. situasi cemas semalam susah nak cerita.. hari nie kebanyakan operasi anak syarikat felda diarahkan tutup sementara dan baru sebentar tadi helikopter mendarat di Sahabat dimana Dato' Hishamuddin tiba dan khabarnya beliau akan terus berada dsni sehingga pencerobohan ini tamat.
Masa tak mengizinkan untuk aku kongsi bnyak cerita sbb lepas nie aku kena balik cepat
ke kg di Tungku.. Hari nie trpaksa msuk ofis siapkan report memandangkan awal bulan walaupun jalan sunyi sepi dan polis menasihatkan penduduk terutama yg tinggal area tungku-felda sahabat utk mengurangkan aktiviti luar. 
Takziah kepada keluarga arwah yang terkorban. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin..
Takziah sekali lagi.

Tuesday 5 February 2013

Rest Time

Setelah sepanjang 2 minggu aku stress berhadapan dengan buku-buku dan nota angkara "study last minute" tapi mau pulak score baik punya untuk semua subjek.. :p, hari ini akhirnya aku dapat rest sedikit sebab 2 hari nie aku takda exam seperti sebelum nie yang hari-hari ada exam dan berturut-turut pulak dengan amali dan ujian.. huuurmmm.. x sangka aku boleh lalui detik2 tu.. klu ingat balik memang ngeri sebab study last minit untuk 38 jam kredit = 11 subjek sekaligus membuatkan aku rasa memang betul2 "gamble".. prnh terfikir nak drop satu dua subjek, tapi aaahhh.. alang2.. redah jak la.. hehe.. so far pointer masih 3 keatas, bolehla kot..

Dalam 2 hari yang free nie, aku ada satu lagi exam killer jugakla-->Advance Calculus @ Calculus III. Hope aku boleh belasah baik punya exam tu nanti..haha. Untuk exam mid-term kali nie, ada beberapa subjek yang dah kuar result dan alhamdulillah aku dapat score A.. proud with my effort. Tpi, ada 8 lagi result belum kuar.. itu xtau la apa nasibnya.. haha.. Anyway, aku jadikan midterm exam nie sebagai pengajaran supaya jgn study last minit sbb kadang2 otak boleh sampai tahap x boleh berfikir rasa macam dah tepu. So, for final exam kalau tak silap on Jun, harap aku prepair awal sikit.. (boleh percaya ka)..hehe.. insyaAllah..

Tadi petang pergi ambil baucer buku RM250 dekat BHPP, xda plan lagi mau beli apa.. simpan jak la dulu. Untuk mengisi masa lapang petang tadi, aku jalan2 dengan zila dan kak Sal--->kedai buku--->jalan kaki ke Tesco Extra at Sungai Dua (saja exercise)--->makan nasi ayam (honestly, aku dah banyak kali try makan nasi ayam dsini, tpi aku rasa tidak setanding dengan nasi ayam Sabah Chicken Rice at Lahad Datu). Kami sampai desasiswa dekat jam 8 mlm da.. lepas mandi aku terus tidoooo (restkan badan dan otak) jam 11 aku automatik bangun sebab nak siapkan Projek Research aku yang due datenya 7hb nanti. Research nie persiapan untuk projek tahun akhir aku next year nti. Banyak2 assingment aku buat, inilah assingment yang paling buat aku pening.. dah berapa kali aku tukar tajuk research daaa.. huhu..

Bangun jak jam 11 malam tadi, aku terus pegi tandas sekejap dan aku nampak satu lembaga hitam besar dan tinggi dalam tandas tu dalam suasana yang sunyi sepi.. Rupa-rupanya student Nigeria daaaa.. hampir aku pengsan depan pintu tandas.. kuuuuusssssssemangat..dan dia hanya tersengih jak pada aku sambil tunjukkan giginya yang putih tu.. ^_^ aku balas senyumannya dengan muka yang pucat.. aku rasa dia perasan kot. Hahahahaha...

So, untuk hilangkan stress sekejap, update sikit blog yang beberapa hari aku x jenguk2..

Wokeys, now mau sambung semula siapkan research analysis nie.. Daaaaa... jam dah pukul 2.22 pagi.. ^__^

Thursday 31 January 2013

Aku dan Hujan~~~

Hurmmm.. 

Hari nie hujan turun membasahi pulau mutiara nie.. Kebetulan aku ada kuliah, so aku cepat2 mau pegi supaya hujan x lebat sbb masa tu baru renyai2 dan sedihnya aku takda payung.. hehe

Tapi, x sampai 1 minit aku on d way---->> hujan turun dgn lebatnya..huhu.. dan aku trpaksa jgk teruskan perjalanan dlm hujan lebat dan malam yg suram.. 

Smpai kelas, aircond punya sejuk bukan alang2.. -__-, kelas hbis jam 11 hujan dah berhenti tapi baju ku masih basah.. actually, masa dlm kelas, aku nmpak ada jgk yg senasib mcm aku.. hehe.. smpai bilik skrg nie baru rasa ok sikit, hope esok aku x demam (amin..) tadi masa keluar bilik kuliah ada suara2 dari belakang cakap "baju merah, nanti balik hostel trus mandi nti demam".. aku x menoleh, jalan terus jak sbb nanti hujan lebat semula, habis aku.. huhu..

Aku yang basah lecun.. hehehe.. ^__^

That's all.. Daa...




Monday 28 January 2013

My Favourite Lecturer

Sejak aku thn 1 lagi, memang ada satu Lecturer nie aku suka sangat.. Hehe
Sebab?? bukan sbb namanya (tpi mungkin juga..hehe) tpi sbb kelas dia best. Aku 1st memang x suka subjek dia, tpi sbb lecturer nie best biarpun agak tegas sedikit. Aku yg x ada basic subjek nie pun jadi faham dan boleh score.. Thn 1 dulu jumpa dia, thn 2 pun jumpa dia.. Thn nie pun sama jgk.. Nama lecturer tu Dr. Zul.. ^__^ sapa amek major acc mmg akan jumpa dia selalu la.. Tadi baru jak lepas kuliahnya..

By the way, hari nie masuk hari ke4 aku tak dapat makan nasi sebab selalu lewat smpai kantin dan semua dah tutup. 
Tergerak gak hati mau ke kantin desasiwa lain, tapi jauh la pulak.. malas mau jalan kaki lagi.
Nasib baik ada gerai burger masih buka dan----> aku pelanggan yg last sebab tinggal satu jak lagi roti burger tu.. huuuuu...
kanan dah tutup

kiri pun dah tutup

haaa.. nasib burger masih ada..

aku yang mcm x bermaya suda.. senyum pun mcm xda tenaga..
^__^

ok la, jam dah pukul 12 malam ++.. byeeeee..






Sunday 27 January 2013

My Evening

Happy Thaipusam Day..!!
Hari nie cuti umum.. boring betul di bilik.. so, ptg tadi pegi joging tambahkan stamina memandangkan bulan Mei nanti mau mendaki Gunung Kinabalu. Rugi jadi orang Sabah kalau x daki gunung tertinggi di Asia tu kan.. hehe.. harap2 dapatlah sampai ke puncak.

Lepas joging, kantin pulak tutup.. suasana hostel pulak sunyi sepi mungkin sebab ramai keluar shoping atau jalan2.. Kawan2 Sabah yang lain ramai ikut member2 semenanjung jalan2, yang sampai ke Kedah pun ada..
Aku?? malas mau jalan.. tengah duduk2 lepak di taman lepas joging, akhirnyaaa------> nampak restoran warna merah luar usm seberang jalan.. yes!! jom makan.. hehehe.. ^__*

tadaa... hehe.. :p .. 

x-meal regular combo RM10.25.. Bismillah.. :)


Saturday 26 January 2013

Nasi vs Burger


Baby burger egg + chicken RM2 sahaja

Suda 2 malam aku x makan nasi.. bukan juga sbb mau diet, tpi kantin hostel tutup awal sebab lauk pauk dan nasi dah habis.. Malam nie punyala awal aku dgn kawan turun pi kantin dlm jam 8mlm -----> pun hbis dah lauk dgn nasi.. terpaksa beli burger. huuuuu... keluhan l.a.p.a.r yg sukar untuk di mengerti melainkan mereka2 yg tengah lapar skrg.. -__-

Oleh sebab mlm nie aku takda kelas, esok Penang cuti Thaipusam so----> tido lambat, bangun lambat,=boriiiiing..... rindu dengan lahad datu..