Thursday 26 September 2013

Friday.. ^_^

Salam jumaat... :)

Hari nie tidak sibuk sangat.. so, break time nak update blog sekejap..

Beberapa minggu kebelakangan nie agak membosankan.. sibuk dengan kerja dan assingment yang menyesakkan kepala. 

Sometimes, i feel so empty like a hole in my heart that can't be filled but at the same time i feel that loneliness is a good feeling..

i think i miss someone.. never thought i would miss someone this bad.. Haisssshhh!!


Thursday 12 September 2013

Welcome September

September..

Masuk bulan september nie bermaksud rutin harian akan kembali normal.. sbb bulan Julai & Ogos kita sibuk berpuasa dan menyambut Hari Raya.. (^__^). 

Tetapi.. bagi aku september masih sibuk dengan majlis-majlis yang akan dibuat.. Rasanya bulan Julai-September paling banyak majlis telah dibuat dan akan dibuat. So, makan pun banyak, sedap-sedap dan paling penting FREE.. hehe

Diantaranya ialah majlis sumbangan ramadhan kepada fakir miskin dan anak yatim, majlis berbuka puasa untuk kakitangan, majlis perpisahan, dan terbaru nie majlis jamuan hari raya dengan vice presiden/CEO.. yang penatnya ialah semua majlis nie kami yang atur dan uruskan.. penaaaattt.. tapi saya ikhlas.. :)

Sekarang nie relax sedikit sebab keja kurang sibuk. Tapi bermula minggu depan kitaorang akan sibuk lagi untuk persediaan Family Day FBSB Zon Sabah.. Moga semuanya berjalan dengan lancar tapi saya tak pasti samada dapat join atau tidak sbb mungkin saya di USM masa tu..

Anyway, sidang baru untuk 2013/2014 USM telah bermula. So, saya akan busy dengan assingment, kuliah dan exam. Harap-harap tiket MAS atau Airasia murah so dapat ulang alik LD-Penang selalu.. 

that's all.. Bye.. ^__^

Friday 12 July 2013

Salam Ramadhan

Hari nie masuk hari ke-3 berpuasa.. 

So far, semuanya baik-baik sahaja.. takdalah sampai lapar tahap gaban tu.. hehe.
Di bulan puasa nie, jangan terlalu meikirkan hari raya yang mendatang sbb ianya akan membuatkan kita rasa macam lama sangat menunggu.. 

Tetapi, kita penuhkan bulan yang penuh rahmat ini dengan melakukan amal kebaikan dan ibadah serta perkara2 yang baik.

Jangan marah2,
Jangan mengumpat,
Jangan sakitkan hati org di sekeliling kita, :)
Berbuat baik pada semua orang..
Solat sunat tarawih,
Bersedekah dan Zakat.

Bila kita menjadikan bulan ramadan sebagai bulan untuk kita beramal baik dan menghargai bulan ini kerana didalamnya penuh dengan rahmat dan keberkatan dan ianya setahun sekali dan belum tentu lagi kita akan bertemu di ramadhan yang akan datang.. Kita akan rasa ramadan itu berlalu dengan cepat sekali dan bersedih dengan berlalunya ia.

Lastly, banyakkan amal dan ibadah sebab bulan nie kita bebas melakukan amal dan ibadah tanpa gangguan syaitan.. So, enjoy your ramadan.. :)

Wednesday 24 April 2013

-___-

Wot wooott..

Lama x buka my blog..
Anyway, dalam keadaan cuaca tak menentu skrg, demam dan sakit tekak melanda suda 3 hari.. pegi klinik, dpt mc satu hari.. lemas dan tak bermaya rasanya.

Ikutkan hati, mau jak pegi cuti jalan2. Kalau ikut pakar motivasi, manusia perlukan refreshment untuk mulakan semangat baru. hehe..

Bulan 5 dah plan pegi bandung, tapi gunung berapi di sana tengah aktif dan dikhuatiri meletus daaaa.. so, kena postpond.

Bulan 6 final exam sebulan. Yang ini bukannya refreshment, tapi memerah otak adalah.. sekarang dah jadi mata panda sbb stay up study setiap malam.. (last minit punya pasal). semua kawan2 x sanggup habiskan dalam masa 4 thn. Tapi aku cuba jgk la hbiskan dalam masa 4 thn, lagi cepat lagi lega.. tinggal lagi setahun. harap2 lepas..

Bulan 11 plan pegi China. Harap2 kali nie jadi sbb yuran pakej dah bayar.

Beberapa hari nie rasa boooosan sangat.. mungkin sebab demam yang melanda. Huh!! Maybe aku kena pegi menyelam lagi la kot.. hahaha.. hari tu dah menyelan di Pulau Mabul. Ingat kali nie mau pegi Mataking dan Sipadan. Biar muka merah kena panas yg penting besttt!! :p

Hangat pilihanraya pada masa ini boleh tahan. kempen sana-sini dan banyak lagi cerita pasal politik. Kalau dilayan, memang tak habis. So, aku putuskan utk tak ambil kisah dan undi mana2 yang aku suka.. hehehe..

Last but not least, moga hari-hari yang mendatang akan penuh dengan kegembiraan dan hadapi cabaran yang akan menambahkan lagi pengalaman. salam and peace~~ :)










Friday 1 March 2013

sedih~~

Aku diantara yg turut sedih di atas tragedi yg menimpa 2 komando 69 yang terkorban semasa pertempuran dgn penceroboh di lahad datu. Semalam kami diminta pulang awal kerumah berikutan kejadian tersebut. situasi cemas semalam susah nak cerita.. hari nie kebanyakan operasi anak syarikat felda diarahkan tutup sementara dan baru sebentar tadi helikopter mendarat di Sahabat dimana Dato' Hishamuddin tiba dan khabarnya beliau akan terus berada dsni sehingga pencerobohan ini tamat.
Masa tak mengizinkan untuk aku kongsi bnyak cerita sbb lepas nie aku kena balik cepat
ke kg di Tungku.. Hari nie trpaksa msuk ofis siapkan report memandangkan awal bulan walaupun jalan sunyi sepi dan polis menasihatkan penduduk terutama yg tinggal area tungku-felda sahabat utk mengurangkan aktiviti luar. 
Takziah kepada keluarga arwah yang terkorban. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin..
Takziah sekali lagi.

Tuesday 5 February 2013

Rest Time

Setelah sepanjang 2 minggu aku stress berhadapan dengan buku-buku dan nota angkara "study last minute" tapi mau pulak score baik punya untuk semua subjek.. :p, hari ini akhirnya aku dapat rest sedikit sebab 2 hari nie aku takda exam seperti sebelum nie yang hari-hari ada exam dan berturut-turut pulak dengan amali dan ujian.. huuurmmm.. x sangka aku boleh lalui detik2 tu.. klu ingat balik memang ngeri sebab study last minit untuk 38 jam kredit = 11 subjek sekaligus membuatkan aku rasa memang betul2 "gamble".. prnh terfikir nak drop satu dua subjek, tapi aaahhh.. alang2.. redah jak la.. hehe.. so far pointer masih 3 keatas, bolehla kot..

Dalam 2 hari yang free nie, aku ada satu lagi exam killer jugakla-->Advance Calculus @ Calculus III. Hope aku boleh belasah baik punya exam tu nanti..haha. Untuk exam mid-term kali nie, ada beberapa subjek yang dah kuar result dan alhamdulillah aku dapat score A.. proud with my effort. Tpi, ada 8 lagi result belum kuar.. itu xtau la apa nasibnya.. haha.. Anyway, aku jadikan midterm exam nie sebagai pengajaran supaya jgn study last minit sbb kadang2 otak boleh sampai tahap x boleh berfikir rasa macam dah tepu. So, for final exam kalau tak silap on Jun, harap aku prepair awal sikit.. (boleh percaya ka)..hehe.. insyaAllah..

Tadi petang pergi ambil baucer buku RM250 dekat BHPP, xda plan lagi mau beli apa.. simpan jak la dulu. Untuk mengisi masa lapang petang tadi, aku jalan2 dengan zila dan kak Sal--->kedai buku--->jalan kaki ke Tesco Extra at Sungai Dua (saja exercise)--->makan nasi ayam (honestly, aku dah banyak kali try makan nasi ayam dsini, tpi aku rasa tidak setanding dengan nasi ayam Sabah Chicken Rice at Lahad Datu). Kami sampai desasiswa dekat jam 8 mlm da.. lepas mandi aku terus tidoooo (restkan badan dan otak) jam 11 aku automatik bangun sebab nak siapkan Projek Research aku yang due datenya 7hb nanti. Research nie persiapan untuk projek tahun akhir aku next year nti. Banyak2 assingment aku buat, inilah assingment yang paling buat aku pening.. dah berapa kali aku tukar tajuk research daaa.. huhu..

Bangun jak jam 11 malam tadi, aku terus pegi tandas sekejap dan aku nampak satu lembaga hitam besar dan tinggi dalam tandas tu dalam suasana yang sunyi sepi.. Rupa-rupanya student Nigeria daaaa.. hampir aku pengsan depan pintu tandas.. kuuuuusssssssemangat..dan dia hanya tersengih jak pada aku sambil tunjukkan giginya yang putih tu.. ^_^ aku balas senyumannya dengan muka yang pucat.. aku rasa dia perasan kot. Hahahahaha...

So, untuk hilangkan stress sekejap, update sikit blog yang beberapa hari aku x jenguk2..

Wokeys, now mau sambung semula siapkan research analysis nie.. Daaaaa... jam dah pukul 2.22 pagi.. ^__^

Thursday 31 January 2013

Aku dan Hujan~~~

Hurmmm.. 

Hari nie hujan turun membasahi pulau mutiara nie.. Kebetulan aku ada kuliah, so aku cepat2 mau pegi supaya hujan x lebat sbb masa tu baru renyai2 dan sedihnya aku takda payung.. hehe

Tapi, x sampai 1 minit aku on d way---->> hujan turun dgn lebatnya..huhu.. dan aku trpaksa jgk teruskan perjalanan dlm hujan lebat dan malam yg suram.. 

Smpai kelas, aircond punya sejuk bukan alang2.. -__-, kelas hbis jam 11 hujan dah berhenti tapi baju ku masih basah.. actually, masa dlm kelas, aku nmpak ada jgk yg senasib mcm aku.. hehe.. smpai bilik skrg nie baru rasa ok sikit, hope esok aku x demam (amin..) tadi masa keluar bilik kuliah ada suara2 dari belakang cakap "baju merah, nanti balik hostel trus mandi nti demam".. aku x menoleh, jalan terus jak sbb nanti hujan lebat semula, habis aku.. huhu..

Aku yang basah lecun.. hehehe.. ^__^

That's all.. Daa...