Tuesday, 2 August 2022

Shaklee Vivix untuk Czer

 Womaigod.. its already 2022 gaisss

last entry aku 2019 hahaha punya lama.. Ok now i'm a mother of twin, boys. Panjang perjalanan dan pengalaman selama mengandung twin smpailah melahirkan. Kadang2 bila ingat balik.. perghh seram haha, aku macam bukan orang selama 9 bulan tu. Dia punya alahan memang tahap boleh terjun tingkap..

Anyway entry ni aku nak share pasal shaklee Vivix.. serius gaiss memang hebat vivix ni that is why Shaklee patent kan produk ni. Aku bersalin czer untuk twin ni so aku memang standby vivix ni dalam beg. Sapa yang tak pernah ada pengalaman bersalin czer or nanti akan czer, sini aku share aku punya pengalaman.

1. Doktor decide untuk aku czer sebab twin 1st melintang, tapi doktor bagi aku pilihan kalau nak bersalin normal juga aku kena tanggung risiko. Bila fikirkan keselamatan twin aku, so aku onz czer.

2. Lepas dah book untuk masuk ward aku kena swab covid test-pcr dan lepas result -ve baru bole msuk ward. Suami aku pun swab test pcr sekali sebab dia teman dan jaga aku dekat ward nti. Owh ya, aku bersalin dekat hospital swasta (hospital kerajaan masa tu masih tak benarkan suami teman).

3. Jam 3ptg lebih kurang aku siap-siap untuk dihantar ke bilik bedah. Sampai depan pintu bilik bedah, doktor pakar bius datang perkenalkan diri, brief aku sikit dan aku kena sign borang, aku bius separuh badan ja dan aku cakap dekat pakar bius tu "Doktor, bius betul2 ya jangan salah" hahahaha sebab aku pernah baca artikel seram pasal bius salah ni. Doktor pakar bius tu reply dekat aku, "Dont worry puan, i bius u guarantee 100% u takkan rasa sakit during the operatio" cinggg

4. Masuk bilik bedah aku dipindahkan ke atas meja bedah yg lebarnya memang muat2 ja badan aku. Masa ni sakit contraction aku datang lagi. pedissss weii sakitnya. Masa ni suami aku dekat sebelah bilik bedah tengah diberikan sedikit taklimat, tukar baju bersihkan diri sebelum masuk bilik bedah temankan aku.

5. Untuk proses seterusnya iaitu bius, aku kena duduk dan peluk bantal since aku di bius di tulang belakang. Masa ni kena dalam keadaan rileks dan jangan keraskan badan. Nurse bantu pegang aku untuk support. Pakar bius inject biuse tu tak sampai seminit dan aku xla rasa sakit sangat. macam kena gigit semut ja. Kalau semut merah api yang gigit rasanya lagi sakit haha. Seriously xla sakit sangat.. still bole tahan dan xla lama. Masa kena bius  tulang belakang ni better rileks dan bagi kerjasama so nanti xsalah dan doktor xperlu ulang.

6. Then after that, Dr Nurul masuk siap-siap nak bedah aku. Nurse2 pun dah ready. dekat kepala aku pakar bius dan assistantnya dah standby as well. Dr Nurul ni mmg hebat bagi aku sbb dia sangat cool dan bole sembang2 time belah perut aku tu. Masa tu suami aku dah ada teman aku dan dia bisik zikir2 dekat telinga then aku cakap "kaki dah xrasa apa". Doktor tanya cuba gerakkan kaki, aku mmg xrasa apapun. Then Dr tanya lagi, "rasa tak?" of course aku tak rasa apa. Then aku dgr Dr borak2 dgn nurse2 dia and my husband ckp "sayang Dr Nurul dah start bedah". Dalam 10-15minit macam tu aku rasa perut aku mcm bergoncang then tak lama aku dengar Dr Nurul cakap "Twin 1 out" sambil beliau berselawat.. perghh aku macam speechless dengar suara baby nangis kuat sangat. semua dalam bilik bedah tu berselawat dan paling excited suami aku siap bediri tengok masa doctor keluarkan 1st twin. Lepas tu Dr cakap "eh twin lagi satu ni laju berpusing naik ke atas" haha.. so Dr ambil masa sikit cari dia. then aku dengar "haaa.. dapat kaki dia" then after 3minit Dr nurul shout "Twin 2 out" dan sekali lagi semua dalam bilik bedah tu berselawat. Suami aku paling excited weii tengok 2 ketul tu dah keluar siap kuat lagi tu diorg nangis.. hahaha. Dr Nurul sempat gelak pesan dekat aku. " Good Luck Rezuana" hahaha. Husband aku senyum lebar ja dalam bilik tu dgn muka yang excited dan ckp "waaa syg dah jadi ibu" hehe.. 

7. Twin diberi pada Pediatrician yang memang dah standby dekat situ which is Dr Wong. Aku pula dah start di jahit. So total masa czer ni lebih kurang dalam 45 minit. Lepas tu aku di tolak ke dalam ward and yes perkara pertama aku buat is TIDUR.. hampir 9 bulan aku kurang tidur gaisss.. aku punya rindu tidur menelentang tu bukan kepalang.. hahaha. Suami aku dah tak nampak sebab dia terus pegi nursery tgok twin dan azankan..

8. After czer aku kena baring menelentang tak boleh bergerak selama 6 jam. Aku mmg kurangkan makan sblum czer dan of course puasa sbb risau akan muntah kesan dari bius. so yes, aku langsung tak pening or muntah. Aku tidur dengan tenang ja.. Lepas 3-4 jam kot, bius dah start hilang.. masa tu rasa sakit yang amat di kawasan tempat czer tu. Yala kena belah perut 7 lapisan pula tu memang sakit. Aku diberi ubat tahan sakit dan vitamin C dan kalau masih sakit juga, doktor dah siap standby iv morfin aku cuma press the button ja kalau nak. Masa tu la aku minta suami buka beg dan suap aku vivix. seriousssssly puan2.. memang sakit tu berkurang. Dalam sehari tu aku minum 3x vivix dan sebelum tidur, aku minum lagi.. mmg aku bertenaga dan sakit jahitan sangat sangat berkurang. esoknya aku dah start berjalan ke tandas. Suami sangat-sangat membantu dan jaga aku.. he is very kind and loving (sori puji suami jap) hehe. Lusanya aku dah dibenarkan discharge dan aku masih amalkan vivix. Seminggu lepas tu aku macam dah boleh berlari kot.. power vivix pulihkan luka pembedahan. 

9. Selepas habis pantang luka czer aku pulih dengan sangat baik dan cantik. Of course jangan la sengaja basahkan masa berpantang tu kan. And now, twin aku dah 10 bulan luka czer cantik ja dan perut aku tak buncit sebab luka czer tu cepat sembuh kot.

10. Sapa yang mau try vivix roger2😆

Tuesday, 20 August 2019

Hi 2019

Lamanya baru dapat jenguk blog. so many things happened actually..

Anyway, banyak benda aku nak tulis tapi tak tahu nak mula dari mana. Im on leave for 2 weeks.. not feeling well (kena sruh rehat.. haha). So, that is why aku ada kesempatan untuk menulis :). On leave ni aku tak kemana hanya dduk rumah. mau balik kg but my omma said jangan sebab balik kg ambil satu hari perjalanan tak bagus untuk kesihatan katanya.. hurmm..

2019 aku jalani kehidupan baru.. agak kekok sedikit sebab lama hidup independent dan buat keputusan sendiri tapi sekarang semua kena tanya dulu. dapat green light baru boleh proceed.. hehe. Aku still study CIMA for CGMA dan sekarang last level dah. Untuk CGMA ni aku kena seat 12 exam paper dan wajib pass semuanya. Sapa sangka aku dah pass 10 paper kan.. huhu.. fuhhh.. CIMA mmg tough gilerr. Actually, every level yang aku pass, CIMA akan award professional cert tapi bukan CGMA designation sebab yang ni kena lepas semua level. Untuk level last ni, aku plan untuk ambil tuisyen, tapi yuran perghh boleh tahan mahal.. haha. Even for CIMA ni aku lupa berapa pound sterling, tapi convert to rm dalam puluh ribu jugala.. memang aku ikat perut sikit la setelkan hari tu.. Tapi jangan ja la repeat last paper ni, memang kena bayar lagi.. aduh..

So 2019 ni aku ada travel la sikit ke Pulau Mabul, Kudat, Kota Belud etc. My husband gigih ajak aku buat jelajah Sabah.. haha.. no problem of course. Next entry aku share our journey.

Bye..
-aku-

Thursday, 28 June 2018

Bimbang

Menjalani hidup penuh dengan pilihan
bagaikan tersekat di tengah-tengah..
persimpangan yang kadang sulit
takut berakhir dengan luka
sedangkan luka lama masih disitu sedang ingin sembuh
aku disini tapi tidak ada disini
pejamkan mata dan cuba bernafas lega
memikirkan hikmah yang kurasa sangat tulus

Ok tahun ni aku rasa tahun paling epik dan turning point dalam hidupku. Aku decide untuk menempuhnya dengan sebaik dan sekuat mungkin. Dalam masa fikiranku yang agak pening-pening lalat ni, aku listkan perkara-perkara yang aku pertimbangkan sambil2 menghadapi situasi mendatang ni.. check it out;

1. Stay healthy and cun (hahaha)
2. Jogging 3 kali seminggu
3. Yoga (ni buat dekat rumah)
4. Study (cima in progress)
5. Travel (wajib ni)
6. Pass keja2 aku yg bertimbun ni pada second line aku dan staff2 lain.. (memang aku struggle ajar drg lepas ni) i think it's time for me to take a break.. balik awal lepak depan tv makan snack smbil minum peelfressh.. aku kena nikmati hidup dengan lebih berkualiti and say no to nerd-life.. hahha. Tapi still part reporting, executing and monitoring aku kena buatla kan.. mana bole mkn gaji buta. eh panjang pla item no. 6 ni..
7. Kahwin dan ada anak (ini pengakuan berani mati yang pernah aku buat.. bole koma sapa yang baca) tapi tak salah pun pasang angan-angan. #jodohrahsiaAllah
8. Transfer oversea next year maybe... hurmm

Ok 8 angan-angan ja la dulu..

-aku-


Syawal

Waa.. Selamat Hari Raya untuk aku..

Raya tahun ni paling rare dan complicated dalam hidup aku. So kali ni aku cuti raya 2 minggu dan lepas balik dari kg aku sakit dan demam berhari-hari. sabar ja la.. hehe

Dalam 2 minggu ni aku tengok rakaman drama tajuk rahsia hati perempuan dan semalam aku tengok filem Tenggelamnya kapal van der wijk. Aku tengok cerita ni memang deep. In life, things happens around us and sometimes happens to us. Moral of the stories is always follow your heart because we deserve to be happy. Tidak semua orang akan berjaya untuk move on even after many years apatah lagi kalau ianya cinta sejati. Bila kita buat keputusan untuk tidak mengikut apa yang hati kita mahukan kerana ingin menjaga hati banyak pihak, suatu hari kita akan sedar bahawa ia sebenarnya hanya melukakan hati sendiri membuat kita lebih menderita. Sebab tu pertahankan lah cintamu walau seperit mana dugaan kerana walau pahit di permulaan, akan bahagia kemudian. Cinta sejati itu tidak akan pernah pudar dan selalu ada di dalam hati walau apapun yang terjadi sebab tu jangan pernah mengalah.

Now dah nak masuk bulan Julai, means budget will start sooon.. tax computation also.. waa!! these 2 things will make me dizzy.. (no la. this time should be ok.. hehe).

Ok about travelling, aku dah cancel trip pegi Cambodia last month kan, tapi aku ada trip yang lagi best dan aku kena pergi.. sebab tempatnya memang cantik.. Sekarang aku buat ja research sikit2 dari awal.. sampai masa nanti xla kelam kabut kan.. i really hope i will be there (semangat betul.. haha) tapi maybe next year sebab cuti aku tinggal sikit dan susah dapat cuti hujung2 tahun ni. Lagipun this year aku dah travel 2 negara so berehat la dlu..

that's all
-aku-

Monday, 28 May 2018

12 Ramadhan

ahlan wasahlan ya ramadhan..

selamat berpuasa.. semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan rahmat dari-Nya.
Hari ini suda 12 ramadhan dan so far puasa aku masih penuh hingga hari ini. Sejak pulang dari korea april lepas, berat aku susut dalam 4kg (mungkin sebab dekat sana banyak kena jalan kaki). Then masuk bulan puasa berat aku susut lagi dalam 3kg so in total 7kg la kan. Ramai tegur kenapa aku jadi hanya sekeping.. hehe. Actually xla kurus sangat pun..

Ok bulan puasa ni aku banyak habiskan masa di ofis dan rumah ja. Ke bazar 2 kali - 1st masa outstation dekat pasir gudang, 2nd dekat area rumah aku.. (kasi can pegi bazar tengok suasana.. makanan mmg best2).

Terawih buat di rumah ja, sahur dan berbuka makan kurma rasa suda cukup. Paling koman aku goreng telur dan makan nasi putih. Kalau di kira-kira, aku banyak berbuka di ofis berbanding di rumah. Bulan puasa ni ofis hour berbeza which staff balik awal (rsanya bnyk company lain pun applied). So, aku berbuka sorang2 dekat ofis makan kurma sambil termenung pandang siling.. sedih pun ada.. huhu..

Bukan xpernah puasa jauh dari family sebelum ni contoh masa study, tapi keadaan berbeza dengan sekarang. Dulu masa study kawan-kawan ramai. Di hostel, ramai-ramai bangun pegi sahur apalagi waktu berbuka memang riuh la bilik atau kantin. Beza dengan skrg ni bila suda kerja, berbuka dan sahur lebih banyak sendiri. kawan2 rapat pula semua jauh-jauh..

Tapi so far aku ok. masuk tahun ni, suda 3 tahun aku jauh di transfer kerja disini. Tabah atau tidak kena survive juga.. aku plan thn depan macam mau minta transfer.. pegi mana tu aku tgh fikir2 (rahsia).. hehe

Actually masa muda adalah paling sesuai cari pengalaman melihat dunia dan tambah pengalaman. Lagipun company aku bagi benefit banyak bila aku kena transfer (kebajikan mmg kena jaga). Sebab tu la aku tak bantah bila kena transfer mana-mana. Cuma bila jauh dan sendirian aku jadi kadang2 fragile lagi-lagi bila bulan puasa atau bila aku sakit.

Travel aku pause jap buat masa ni.. bagi laluan pada bulan ramadhan. Sepatutnya lusa 30hb aku fly ke Cambodia tapi aku decide to cancel. Mesti ada hikmah tu.. :) lain kali boleh ja pun plan lagi.

that's all for this time
-aku-

Wednesday, 16 May 2018

Luang Prabang, Laos

This time aku nak share pengalaman aku pergi ke Luang Prabang, Laos. Actually, dah lama nak tulis pasal entry ni tapi baru ada masa. Ok check it out;

Sabaidi!:) (Hello!)

Luang Prabang terletak di utara Laos dan dah dekat dengan sempadan China dan agak jauh dari Vientiane. So, Luang Prabang ni agak sejuk cuacanya berbanding di tempat lain di Laos. Kalau mandi pagi dan petang memang lama la aku termenung nak sentuh air tu punya sejuk. Pagi dan petang rasa dingin. Actually cuacanya panas mcm malaysia juga tapi angin dia sejuk. Ok ni cuaca time aku pegi pada hujung bulan November 2016. Org sana cakap bulan-bulan lain boleh tahan panas juga.

Ok aku pegi backpack - buat research sendiri, itinerary sendiri, semua plan sendiri. Luang Prabang ni listed under UNESCO, tempat yang sangat unik dan rare. Dulu kena jajah oleh Perancis (memang bangga betul diorang sebab banyak jumpa orang Perancis disana nampak sangat muka bangga berjalan di atas bumi Luang Prabang tu).

aku tinggal dekat Khonesavanh Guesthouse (gambar atas ni dekat depan Khonesavanh). 5 hari dekat sana aku bayar USD44. Dekat Luang Prabang ni mata wang adalah KIP. Tapi US dollar pun diorang terima.

Luang Prabang Airport

Royal Palace.
This palace kalau nak masuk ada beberapa peraturan yang kita kena ikut which is no camera, no h/p, no shoe (kaki ayam), no short pants/skirt - ni rule sama macam kalau pegi Borobudur, Yogya. (siapa yang pakai seluar/skirt pendek tu kena sewa kain/seluar dekat luar palace) dan last sekali 
No kain or scarf atas kepala 
- ok ni memang cobaan sebab aku pakai tudung. masa ni aku memang rasa takda harapan dah nak masuk sebab aku takkan buka tudung la kan. Aku tengok ada bberapa pmpuan muslim bertudung (maybe msia or thailand) pulang dengan hampa sbb tak dapat masuk tapi aku masih beratur dalam barisan cuba nasib. haha.. then smpai turn aku, as expected staff tu cakap (diorang staff kerajaan dibawah pelancongan sebab aku nampak id card diorg) "ms, no scarf im sorry". Aku reply "could you please consider it. i'm muslim" lepas tu aku tambah lagi "i came from far..". Staff tu nampak serba salah then dia suruh aku tunggu sebab dia nak tanya bos dia dulu. Tak lama tu dia datang together with 3 staffs (maybe pgawai atasan dia kot). Diorg tengok aku sambil befikir.. haha.. then nampak topi aku trgntung dekat poket seluar.. haha.. guess what? lepas tu diorg sruh aku kemaskan tudung yang aku pakai dan hujung tudung lilit dekat leher kemas-kemas then pkai tu topi.. haha terbaik. then aku lalu kwsn pemeriksaan lepas tu aku pun masukla dalam.. epic kan.. haha.
Bila da masuk baru aku tahu kenapa rule dia ketat macam tu. sebab dalam tu baaanyak emas tulen.. seriussssss. crown/gelas/pinggan/jongkong emas (100% pure gold). Even ada dinding ukiran pun kena salut dengan emas. Paling win tu, kerusi singgahsana raja tu pun emas.. Maybe concern diorg nanti ada yang curi masukkan dalam scarf.. haha (make sense right).
Bila aku dah keluar, muslimah ada yang heran pndang aku cmna bole lepas masuk.. hehe (ok ni masa aku pegi 2016 ya. sekarang tak pasti klu diorg dah kaji rule tu sbb ramai orang msia ke sana lepas tu sbb airasia buat direct flight ke Luang Prabang dah)


Luang Prabang ni banyak Wat sebab majoriti penganut Budha. Ni salah satu yang aku pegi pusing-pusing.


kawasan muzium

Ni Tourist Information Centre

Sungai Mekong. Betul-betul depan Khonesavanh tempat aku stay. Setiap petang aku akan duduk tepi nie tengok sunset (dalam hati malasnya mau balik msia.. hehe). Anyway, magnificent view ever. 

Ni sangat femes dekat Luang Prabang. Sapa yang pegi jangan lupa beli. Handmade. Kena belajar bahasa Lao sedikit sebelum datang specially "tao dai"=berapa harga ni.. hehe

Ni pun sama. Wajib beli sebab sangat berkualiti. Ni kain tenun handmade and value for money. Lepas tu design sangat unik identiti Luang Prabang. Aku beli satu dengan niat kalau suatu hari aku kawin nanti nak jahit jadi baju nikah/kawin (sampai sekarang aku masih simpan baik-baik).

Since Laos ni negara yang terletak di tengah Indochina (takda laut), so pendapatan utama diorang adalah pelancongan dan hasil kraftangan. Setiap malam ada Night Market dekat Luang Prabang ni dan wajib pergi. Aku 5hari dekat sana, hari-hari pergi sebab best.


Kuang Si waterfall pun cantik sangat2 dan 1st time seumur hidup aku nampak waterfall yang airnya biru sebirunya macam tu. macam tasik puteri bunian ja aku tengok. Of course aku terjun mandi sebab belum tentu aku akan datang lagi tapi aku bertahan 5 minit ja dalam tu kalau tak boleh jadi jed aku nanti. Airnya sejuk sangat masa tu macam terjun dalam ais.

That's all about me and Luang Prabang. Actually macam-macam lagi cerita unik yang jadi pengalaman dan juga kenangan sebab tu aku suka travel dan explore the world.. Untuk pusing-pusing Luang Prabang boleh sewa basikal.. sangat berbaloi round pagi-pagi dan juga malam.  Anyway, sana tiada shopping mall ya, karaoke ka, cinema ka. Diorg sangat authentic menjalani kehidupan seharian. Mereka agak mundur tapi aku takda nampak seorang pun peminta sedekah disana. Barang dapur (beras/sayuran/buah) sangat murah sbb tu kot diorg mampu jalani kehidupan dengan baik. 
Kebanyakan kanak-kanak sana tidak bersekolah tapi masa aku pegi tu dah ada satu sekolah hasil sumbangan daripada Obama masa dia jadi presiden US. Time aku lepak urut kaki, budak-budak dekat situ excited cerita dekat aku pasal Obama datang siap bagi tengok gambar (smua cakap Obama baik sangat). Dan ada beberapa kali time aku lepak (dekat luar Royal Palace, tepi sungai Mekong, Phousi Hill) ada beberapa budak-budak datang nak belajar English..hehe. Aku ajarla sikit2 yang basic.

Last but not least, jgn lupa bawak mknan lebih sikit sebab sana restoran halal tak banyak (yg ada Nisha restoran dan 1 dekat sungai mekong). Aku 5hri dekat sana siang malam makan roti paratha dengan kari dal.. punyala aku rindu dengan nasi rsa macam mau nangis.. (smpai klia, benda aku cari dulu adalah nasi goreng kg.. haha). 

-aku-
















All about me

Inside she's wreck
When u see her, she looks perfectly fine
Deep down her mind is a mess
When she's with you she looks happy
When she's alone she's fragile
This girl is full of dreams...
She wants to escape her town,
Met new people, travel,
Explore the world, and go on fun road trips at midnights
And perhaps one day
She'll be truly happy.
And when your ask her "are u ok?"
For once she'll say, "i'm fine"
And it wouldn't
Be a lie..

It's true when people said that love happened when you less expected. Ianya datang tanpa isyarat dan tanpa kata. Cinta yang pergi, biarkanlah.. jika ianya tidak kembali bermakna ia bukan milikmu. Cinta itu membebaskan dan jika ia kembali, itulah cinta sejati dan ia milikmu.

-aku-
16052018

Friday, 6 April 2018

You are the reason

I didn't  know why, there is some pain and aches inside my heart. its hurt me inside.. the most painful is, i don't know what is the reason.. im hopeless.. sometime i feel like i deserve to be happy. The sad story in my life makes me struggling so much..then.. I'm blessed when someone came and give his hand to me. There goes my heart beating.. he help me to rise again through a winding road. I'd climb every mountain and swim every ocean probably bcoz of him. If i could turn back the clock. i'd make sure the light defeated the dark..

My heart keep bleeding every time i think of it.. Thank you for everything..

i'll try my best to be strong..

#wmh
#lifejourney




Its Friday, March.
Selepas bergelumang dengan year-end audit, finally i can managed  the workload to lead my team..
Our teamwork was awesome.. Alhamdulillah..

Now, baru rasa penatnya.. aku demam dan batuk2.. badan lesu rasa mau baring jak. But now, im getting better.

Hidup sendiri di perantauan ni kena kuat dan tabah sikit.. kena spread my wings and learn how to fly.. sometimes i stare out my window, dreaming.. what could be? if i end up happy.. so, i'd pray..




Monday, 19 February 2018

its 2018

it's 2018

Miracle 2017 will always live on in my memories..

I really hope for a better year 2018
Hope dreams come true..

Thursday, 7 December 2017

Menunggu Pagi

Selepas cuti sakit yang agak panjang disebabkan chicken pox, i'm back to work..
dan seperti yang dijangka, kerja memang banyak yang menunggu.. standard la kan

So, sekarang ni aku out station suda hari ke-3. Setiap pagi sarapan macam-macam.. fruits juices/coffee latte/americano/cappuccino/salad/bread/nsi goreng/mee/omelette.. dan baaanyak lagi.. biasala kan, dekat kl aku tak pernah pun sarapan dekat rumah smpai kadang-kadang makan pun boleh lupa. 

Year end audit still ongoing, sorry la to auditors sebab aku tinggalkan you all dekat office kejap. Next week, schedule penuh dengan meeting/closing/ongoing audit and the next two weeks pun aku ada out station trip lagi. After that, ada stock take trip year end. hmmm..

Outstation ni aku rasa penat sedikit (yang ni pun standard juga la kan) maybe sebab aku baru baik dari sakit. Petang bila dah sampai bilik, aku mesti terlelap kejap. Petang tadi pun sama, aku terlelap dengan baju kerja x sempat tukar. Aku bangun suda pkul 10 mlm. Ini bukan terlelap tapi memang tidur betul-betul ni. Bangun dari tidur, terus mandi, lepas tu buat kopi dan sampai sekarang aku x dapat tidur da.. huhu. thats why aku update ni blog.

OMG kenapa ni mata x mau ngantuk.. huhu.. ok byee..



Thursday, 23 November 2017

My Chiken pox story

It has been a week since i got chicken pox.. 
i was tired, so very tired. Last friday morning, i woke up with about 15 poxs in my chest,leg and my arms. I’ve had a sore throat on the next day,the bad fever started come,headache and insomnia. I cannot eat as well becoz i’ve even got 2 poxs in my mouth. Alone without fam make me cried. Incoming calls fm office and sound of email notifications make me dizzy. Im very helpless n unwell to attend all incoming calls and emails. But, there is a call that makes me feel good. On night, i’ve had a bad fever,shivering,hurts and itchy. I had about a tons pox on my bck n my chest. I feel like I wnt to lie down all day. But thank god becoz only a little poxs on my face. Today i felt much better but still need to go to clnic to confirm there is no infection anymore or need to cont mc.. ni kalau smbung mc lagi mmg aku balik kg nmpknya.

#mychickenpoxstory


Friday, 10 November 2017

How time flies..

Waa.. finally ada masa buka ni blog..
Actually, bila menulis ni rasa macam luahan perasaan pun ada. Apa yang terbuku dalam dada aku keluarkan melalui blog ni or cerita pada someone. Kalau tak cakap rasa macam mau meletup dada ni sebab penuh dengan banyak perkara yang aku mau kongsikan. :)

It's Nov dah kan. How time flies away
Year end ni aku jadi boleh tahan jugakla bz. Last month (Oct) aku balik kg seminggu cuti so jadi refresh dan semangat sikit buat kerja bila masuk office. hehe.. kadang2 kan bila otak tepu dekat sini, memang ubatnya kena balik kampung lepak, hirup udara fresh dan fefeling menganggur kejap.

So this month, banyak benda yang aku kena setelkan, antaranya..
1. Audited Account FY2017 - Interim/Final Audit FY2017 (PwC dah start masuk isnin baru-baru ni untuk hardclose dan diorang akan berkampung sampai la final audit tahun depan)
2. Budget 2018 and projection 2019-2022 (thn ni plg mencabar sebab hampir berbelas kali kena revise since top management punya decision kejap2 berubah.. s.a.b.a.r)
3. SAP Project - BPO,IMPS,INTr (ni semua projek yang melibatkan acct)
4. Capitalization of LOP (l.datu) and T4X (p.gudang) - ni terminal yg baru kena beli (LOP) dan baru dibina (T4X). So, tahun depan bertambah lagi 2 terminal baru.
5. Final Tax computation (file ni aku belum sentuh lagi, tapi dateline dah dekat)
6. Dan sebagainya (dalam ni macam-macam ada..)

Dalam aku bz2 ni, sempat pula aku plan pegi travel yaaa.. aduh tak tersengaja...
1. Dec17 aku join family trip pegi bercuti - ni dlm msia
2. Jan18 aku repeat pegi jogjakarta - kali ini dengan mmber2 sbb diorg gigih ajak lepas tgok kwang soo pegi sana.. haha takpa kasi can :p
3. Mar18 aku pegi jeju - kl-jeju-seoul-busan-kl

Memang aku akan jadi superman la mau arrange semua ni. Tapi apa boleh buat sebab aku memang backpackers tegar gitu. Actually mau pigi umrah, tapi ada yang ckp kena ada muhrim, ada yang cakap kawan pmpuan pun boleh.. kena cari2 info dulu. Mak aku dah bising sebab asyik travel sana sini, bagus lagi pegi umrah katanya. Paling deep baru-baru ni aku balik kg, mak aku siap bagi flyers pakej pegi umrah.. Takpa2, tahun depan inshaAllah aku memang niat mau pegi dan inshaAllah dengan muhrim ya mak.

That's all for this time
Aku 







Monday, 2 October 2017

Hello October

Times flies away.. It's October.. hehe Aku masih disini melalui hari-hari seperti biasa.. kerja dan study cima (x habis2 study).. Tapi actually, study ni ok sangat sambil mengisi masa lapang.. orang kata, menuntut ilmu biar sampai ke negeri china. Tiada yang lewat atau lambat untuk belajar. Well, aku memang suka belajar dan rajin belajar.. boleh ka puji diri sendiri.. Anyway, tidak rugi pun kalau sambung study ni.. so, hwaiting!

Kerja? Hmmm.. so far ok macam biasa.. tapi last 2 weeks aku penat sikit sebab kena revise tax comp. Aku bukan tax person tapi since aku in-charge the full set of accounts, kena buat juga la. kena study dan baca buku pasal tax (how to calculate capital allowance,AA,IA,allowable expenses dan banyak lagiii..) now i know why accounting is a profession. Bila revise tax on Sept, means 4 months adalah forecast. So, aku kena buat ramalan performance syarikat 4 bulan akan datang. Ramalan? cmana mau ramal tu..itu yang buat aku pening2 lalat kejap. Tapi, usaha tangga kejayaan kan.. siap jugak la lepas 3 hari aku perah2 otak ni.. Aku rasa la kan, sebab aku baru setahun take over company yang agak besar, aku jadi kelam kabut sedikit. Dulu masa dekat pasir gudang rasa senang ja buat akaun mungkin sebab company subsidiari tu turnover kecil. Honestly, kerja aku ni ada pro and con. Pro tak perlu mentionla.. aku mention con sahaja. salah satu con yang aku pilih;

"The work can be stressful. When you’re responsible for an organization’s finances, there is bound to be some pressure. It’s just part of the game. Economia reports that 32 percent of accountants feel stressed in their day-to-day life. Once again, you must ask yourself how well you handle stress. If you’re cool, calm and collected under pressure, you may be the perfect fit. But if you’re easily frazzled, it’s possible that accounting isn’t the right profession for you."

Buat masa ni aku bukan dalam golongan 32% tu la.. :)

Other stories, suda 2 bulan aku tak balik kg.. aku rasa homesick lagi-lagi sejak 2,3 hari ni. ada ka ubat rindu ya? Aku rasa lepas ni aku kena balik at least setiap sebulan setengah untuk refresh. Susah juga jadi orang kg ni.. tidak biasa hidup di bandar kan.. So, after closing accounts this month->i'm coming home, í'm coming home, i'm coming home.. mau sambung cuti terus.. boring nya duduk sini, sendiri.. hurmmm.. its hard to say.. aku rasa, aku kena kawin la.. ada jugakla kawan..

Suda lama tak travel since march aritu.. November should be the right time kan.. Lombok maybe.. or Mongolia or Kyrgyzs or .... tapi yang pasti bukan negara yang tengah winter la.. sbb sejuk masa di Jepun aritu masih teringat2.. nanti2 la dlu kasi lupa2..

Thats all for this time..
-aku-

Friday, 22 September 2017

Alone

Walking alone, Eating alone, having coffee alone, cooking alone, Hopefully I will not become crazy for this 3 days.. somebody please save me!

Friday, 1 September 2017

Missing

Finally dapat juga aku access ke internet.. Huhu.. ".... Jendela terbuka dan masa lampau memasukiku..sebagai angin, dingin, nyaman dan membuat rindu.. Dan kepada angin kukirimkan pesan "Apa khabar hari ini?" Hari yang tak pernah aku terlupakan.. Doaku semoga kebaikan sentiasa mengiringimu.. #dirgahayu #slmtulgthn ..Ok after preview my post heran pula napa tarikh backdated.. Nmpk sngt line problem smua setting x updated..haha.. Setting bnyk kali pn xbetul2..xpala.. Aku juga pun yg bca.. Ok byee.. Salam subuh..

Monday, 28 August 2017

Rezeki

Rezeki..
Orang kata rezeki tidak akan pernah salah alamat..
kalau memang rezeki, walau bagaimana pun akan dapat juga.. 
Kadang-kadang rezeki ni kita tidak pernah sangka.. tidak pernah terlintas.. tup-tup dapat..
Bila kita ikhlas, hati akan jadi tenang.. 
dan biasanya kita tidak akan mengeluh bila kita ikhlas..

Hari ni ada rezeki yang tertera alamat nya adalah aku.. aku speechless macam tak percaya.. sebab bukan senang mau dapat tu.. syukur alhamdulillah. Terfikir juga macam mana aku boleh dapat.. hehe.. tapi rezeki jangan di pertikaikan.. dah namanya rezeki kan.. ok, kena belanja my colleague lepas ni.. rezeki ni kena kongsi baru best. 😊😊 

Anyway, thanks company. 😉 thanks mr mzwa, thanks mr aa and thanks mr ji. thanks a lot.. semoga terus maju jaya..

#acct_life
#rezeki
#syukur

Thursday, 27 July 2017

Rindu

Cinta sejati
Tak semua temukannya..
Saat luka menyapa hati.. ianya buat luka bagai tak pernah ada
Saat menyangka bahagia bagai terlepas pergi.. ianya datang menghulur kasih
Saat kaki lelah melangkah.. ianya menggenggam tangan beri kekuatan
Indahnya Takdir
Penuh dengan keajaiban yang tak terbayangkan
Penuh dengan hikmah
Disebalik tabir rahsiaNya
Adakalanya disingkap untuk menunjukkan jalan
Agar jangan lupa bersyukur kerana Dia yang lebih tahu isi hati lebih dari diri
Teruskan berjalan
Jalan yang berliku selalu indah di pengakhiran
Bahagia
Yakin pasti ada inshaAllah 

#dirgahayucinta
😌





Monday, 24 July 2017

July

Hidup..
Adakalanya langkah semakin lelah..
Bagaikan ada sesuatu yang membawa semangat bersama..
Adakalanya luka dahulu menyapa sendu..
Bahagia..
Bagaikan telah berlalu pergi..
Namun adakalanya harapan hadir disitu tanpa aku sedari..
Kerana cinta sejati sangat menyentuh hati..
Selama jantung masih berdetak..
Selama itu juga langkah akan ku teruskan..gagahi..
Berjalan menuju harapan yang masih tersisa
dan mengharap ada peneman sepanjang jalan itu..
Diiringi redha dariNya