Wednesday, 15 January 2014

new year~~ (^___^)

Firstly, "Selamat Tahun Baru 2014" ^__^
Moga tahun nie akan memberi lebih banyak kebahagiaan, kegembiraan, kejayan dan juga keberkatan

Biarkan tahun 2013 berlalu membawa kenangannya bersama.

Soalan klishe, apa azam tahun nie?? kalau saya di ajukan soalan macam nie, confirm saya akan ambil masa setengah jam untuk fikir.. haha. Ok, azam saya tahun nie :-

1. Jadi hamba Allah s.w.t yang lebih baik
2. Anugerah dekan (tahun akhir baru nak dekan, haha)
3. Xperia Z
4. Guilin, China
5. Travel with Star Cruises (haaa.. yang nie paling awal termakbul, this Jan)

Sekarang nie, saya sibuk bergelumang dengan tugasan dan study memandangkan due date dah dekat.  Jadual memang best giler sebab tarikh yang ada kuliah memang cun. So, tarikh yang saya takda kuliah tu, memang dah siap highlight destinasi Ria.. (^__^)

That's all for this time, nak confirm booking Star Cruise dulu.

Anyway, can't wait for a magical journey on the high sea.. :)

 
Salam and peace! (^__^)




Tuesday, 3 December 2013

How to start

Pepatah ada mengatakan, dalam membuat sesuatu, perkara yang paling sukar adalah bagaimana hendak memulakannya..

Tidak kirala samada "sesuatu" itu perbuatan atau percakapan.. Sometimes, bila hendak melakukan sesuatu, kita akan ambil masa sebab nak fikir macam mana nak mula.. and sometimes, bila nak cakap something, lidah kelu bagaimana nak mulakan.. hihi.. isn't it?? ^__^

Walau apapun yang kita nak buat dalam kehidupan nie, hati kena ikhlas.. itu adalah asas dalam diri.. sebab semuanya dari hati.. kalau hati baik, insha Allah diri akan jadi insan yang baik dan jangan lupa untuk hormati orang tua.. tiada lama, tiada yang baru.. :)

Nothing special to share right now.. masih menjalani rutin seharian. Lagi pula sejak beberapa bulan kebelakangan nie, saya dah kurang sedikit travel.. why ya????? im a traveller actually..

That's all for this time..

**~~Salam and Peace~~**

Monday, 25 November 2013

It's monday~~

Mengikut kajian, ramai yang tidak berapa gemar tentang hari isnin.. why??
because mood cuti tu masih ada lagi.. hihi.. me?? saya mana-mana pun ok.. ^__^

Hari nie bagi saya biasa saja seperti hari-hari yang lain.. cuma yang berbeza, hari nie my friend misha tetiba bawa mangga ke ofis. Actually, saya tak lah semangat sangat nak join makan manga, but bila tengok misha makan cecah kicap+gula+lada, fuh.... terliur pulak jadinya.. haha

Di pendekkan cerita, akhirnya saya join juga makan mangga tu.. memang sodapp!!

Misha memang terrer kalau bab kupas mangga

Monday smileeeee

Nyum-nyum


senyum tapi mata dah berair sebab sambalnya pedassss..

That's all for this time..

Salam and peace~~ ** already miss my Mr.chipsmore.. huhu


Wednesday, 13 November 2013

Thursday, 24 October 2013

Mt Kinabalu - Believe it or Not

Malam nie free dan line internet pun ok.. so, boleh update my blog.. :)

Kali nie saya nak kongsi pengalaman masa mendaki Gunung Kinabalu.. Memang pengalaman yang sangat best dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Bagi saya, kalau nak mendaki gunung nie yang paling penting adalah mental. Semangat mesti mau kuat, kalau tidak, memang tak sampai puncakla jawabnya..

Diantara gambar-gambar yang dapat saya kongsikan:- check it out...

Salah satu signboard yang akan di temui semasa mendaki.
penat + lenguh + kurang oksigen + sejuk = fuuuuhhhhhhh!!

Pemandangan di kawasan pertengahan Gunung. Kebanyakan tumbuhan dan pokok bersaiz renek dan kecil walaupun usia ribuan tahun

Berehat sebentar.
Lelaki baju biru tu is our guide. Very cool guide.

Sekali lagi saya berehat sebentar. Actually, semakin tinggi pendakian, semakin banyak saya berhenti berehat sebab penat sangat. Nafas pun tidak menentu akibat oksigen yang kurang

Masa nie suda sampai atas gunung. Tetapi, belum sampai ke peak.

Its me! sedikit lagi hendak sampai ke "peak"
Masa nie, mulut dan hidung dah merah sebab terlalu sejuk. Dah macam selesema.
  
Finally.... Believe it or not, I'm here..

Yang nie masa turun dari gunung. Turun gunung nie tidak boleh berhenti-henti sebab nanti kaki dan paha kejang dan tambah sakit.


Sun rise

Menuruni dataran gunung yang landai..




 Saya masih ingat, semasa saya tengah mendaki gunung dalam kepayahan dan kepenatan, terdetik dalam hati " confirm, inilah kali pertama dan terakhir aku naik gunung nie.. tak sanggup da.." hehe..

Sampai hari ini, saya memang tidak teringin lagi nak naik Gunung Kinabalu untuk kedua kali, ngeri bila ingat penat, payah dan sejuknya masa tidur semalam di Gunting Lagadan/Laban Rata di pertengahan Gunung tu. Tidur dalam keadaan sejuk yang amat sangat, semua jari kaki dan tangan kebas dan kejang. Heater pula tidak disediakan dan kepala berdenyut sakit. Nasib baik masa tu saya pakai glove/stokin 2 lapis, baju 3 lapis. Panadol telan 2 biji, vitamin 2 biji. Sepanjang pendakian makan kurma sebab kalau makan coklat akan membuatkan saya cepat dahaga. Anyway, siapa yang berniat mendaki Gunung jangan lupa bawa hair dryer.

Semasa bangun jam 2 subuh di penginapan (Gunting Lagadan), ada beberapa pendaki dah surrender dan mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan pendakian ke puncak pada Subuh itu. Rombongan saya sahaja, 4 orang tarik diri dan 2 orang lagi tarik diri di pertengahan hendak sampai ke puncak. Seperti yang saya katakan, semangat perlu kuat dan jangan cepat berputus asa.

Saya ingat lagi semasa mendaki, ada sepasang pendaki dari Turki yang menjerit " Oh My God, My heart!!!". Mungkin jantung dia berdegup laju masa tu.

Anyway, jangan pula takut dan risau untuk mendaki sebab it's the best moment ever when you climb Gunung Kinabalu. It's hard to say the feeling. Hanya mereka yang pernah mendaki yang tahu bagaimana rasanya. Yang paling penting, persiapan amat perlu dan jangan bawa beg berat-berat sebab beg saya yang 2kg pun bila dah mula mendaki makin lama macam dah 7kg.

Dan bila dah sampai puncak, jangan lupa untuk kumpul semula kekuatan untuk turun sebab kalau dah tak boleh turun, 1kg=RM15 upah guide angkat sampai bawah. Kalau berat 65kg? Bayar RM975 lah jawabnya. hehehe

Bila dah sampai bawah, rasalah bagaimana serangan sendi-sendi kaki, betis dan paha yang kejang. Saya bila sampai sahaja ke rumah pulang dari mendaki, 2 hari tak boleh jalan lurus. Sakit kaki dan paha seminggu baru hilang.

That's all for this time.. Salam and peace!!