Lama tak jenguk blog.. banyak perkara nak share tapi takda kesempatan lagi nak update.. :)
Anyway, saya masih disini, sihat walafiat alhamdulillah dan masih boleh tersenyum di samping keluarga dan rakan-rakan..
Future October, i'll transfer to a new place.. uwwaaaaa.. i hope i'll fine at there.. honestly, i don't know how to express my feeling when HQ told me about that.. :(
But its okay, tiket sekarang pun dah murah and anytime i can going back to my hometown.. hehehe.. hopefully.. ^__^
Sedar tak sedar hari ni dah 27 ramadhan. Tidak lama lagi lagi Syawal akan menjelang tiba. Entry kali ni, saya bukan nak cerita tentang raya ya.. sebab belum raya lagi pun.. ^__^
Setelah sekian lama, baru ada masa update blog memandangkan sepanjang ramadhan ni agak sibuk sedikit.. (sibuk la sangat kan..) haha.. anyway, sepanjang ramadhan saya nak kongsi rutin seharian :
1. Balik awal
Setiap hari boleh dikatakan saya akan berdiri tegak depan finger print mesin, merenung jarum jam berdetik tepat jam 4. hihi.. Di Sabah buka puasa awal, so saya akan balik awal sebab driving jauh..
2. Tidur
Bulan puasa agak kurang tidur sedikit sebab siang pergi keja. Balik jam 4 sampai rumah berbuka puasa. Lepas solat isya', pergi solat sunat terawih, pulang dah jam 9.30, sampai rumah biasanya saya akan tido jam11 malam. jam 3.30 pagi bangun sahur, solat subuh dan bersiap pergi kerja. Tapi takpala.. ramadhan datang setahun sekali saja. :)
3. Aktiviti kebajikan syarikat
Seperti ramadhan yang lepas-lepas, ramadhan tahun ni macam biasa kami adakan sumbangan ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Moga dapat meringankan beban mereka. Aminn..
Hari ni suasana pejabat agak bosan sedikit, mungkin sebab mood raya yang menerpa.. Tapi saya maintain ja.. keja macam biasa. sedikit sebanyak ada juga rasa sedih mengenang ramadhan yang mula berganjak pergi. Ramadhan yang didalamnya penuh dengan keberkatan, kemuliaan dan pahala berlipat ganda.
Final exam membuatkan saya kurang tidur, rasa berdebar dan kadangkala resah. Banyak benda yang bermain di fikiran.. apa soalan yang keluar ya? tajuk apa? susah ka? senang ka?.. selagi belum duduki paper tersebut, rasa macam ada batu dalam kepala.
Hingga hari nie dah 3 paper yang saya dah lepas.. bila keluar sahaja dari dewan exam, rasa macam batu keluar daripada kepala. tapi ada beberapa batu lagi dalam kepala nie.. hmmm.. Honestly, banyak2 paper, saya paling risaukan paper matematik. Advance Calculus II memang membuatkan otak nie di perah sangat. Nasib baik paper maths semester-semester yang dulu dapat skor. tapi, untuk paper yang kali nie, susahnya dah tahap panda.
Beberapa hari nie rasa macam tiada "life" je sebab bergelumang dengan buku-buku dan laptop. Mata macam da bengkak.. hehe.. tapi layan kopi cap tenom memang menyegarkan. ceh..
Rindunya dengan tv. Banyak drama-drama yang ketinggalan.. huhu. Harap-harap astro pvr tu berfungsi dengan baik dan merakam semua episode tersebut.. hehe.. tak sabar rasanya mau layan tv.. "Running Man, Goddes Marriage, Cheongdam-Dong Alice" Semua cerita korea.. why?? sebab Korean drama lebih realistic berbanding drama melayu kot. "Running Man" buat semua stress hilang dan ketawa sorang2 menegangkan kulit muka.. :) "Goddes Marriage" kisah kehidupan berbeza 4 orang yang menjalani rumah tangga.. perkhawinan bukan hanya memerlukan cinta, tetapi juga tanggungjawab dan rasa juga dilindungi. Rasa cinta dan sayang tu lagi penting. Lepas tengok cerita ni, saya boleh rumuskan, jangan berkahwin dengan orang yang hati kita bukan untuk dia tetapi hati kita dah tersemat padu untuk orang lain sebab biarpun dah kahwin, kita mungkin susah untuk lupa dan untuk tidak memikirkannya lagi walau kita dah simpan jauh di lubuk hati dan ingin lupakannya. Hipokrit di depan pasangan akan membuat hati kita akan menjadi terlalu sakit bagai batu yang menghentam hati. (copy paste ayat dari drama tu k... :p)..Walaubagaimanapun, masa adalah penawar segalanya kan.. Jodoh ditangan tuhan, itu yang terbaik untuk kita.. tapi kena usaha la juga.. hehe.. ok. stop.
"Cheongdam-dong Alice" pun best tahap panda juga.. :) tapi synopsis nya nantila cerita.. hehe.. penat da menaip.. kalau mau, tengok sendiri isnin-jumaat jam 6.30 petang. :p
Oh ya, malam nie malam nisfu syaban, inshaAllah panjang umur kita akan sambut ramadhan tak lama lagi. banyakkan beribadah dan lakukan amalan yang baik. amin..
Following is really mean song.. peace and salam.. ^__^
"Little wonders" by rob thomas
Let it go, Let it roll right off your shoulder Don't you know The hardest part is over Let it in, Let your clarity define you In the end We will only just remember how it feels
Our lives are made In these small hours These little wonders, These twists & turns of fate Time falls away, But these small hours, These small hours still remain
Let it slide, Let your troubles fall behind you Let it shine Until you feel it all around you And i don't mind If it's me you need to turn to We'll get by, It's the heart that really matters in the end
Our lives are made In these small hours These little wonders, These twists & turns of fate Time falls away, But these small hours, These small hours still remain
All of my regret Will wash away some how But i can not forget The way i feel right now
In these small hours These little wonders These twists & turns of fate These twists & turns of fate Time falls away but these small hours These small hours, still remain, Still remain These little wonders These twists & turns of fate Time falls away But these small hours These little wonders still remain
Sudah 2 hari selepas saya, kak sal and the geng pegi makan sup..
Masa naik kereta tu, saya memang tak tahu lokasi makan sup tu dimana sebab saya kan sabahan, memang tak expert kalau tempat-tempat yang spesifik dan tersorok nie.
Ok, dijadikan cerita kami pergi berlima, saya (sabah), kak Sal (kajang), kak Ita (kajang), Gayathri (penang) dan Ija (penang). Tuan punya kereta ialah kak Sal, so semestinya dia driver.. hehe.. Satu-satu kita orang kak Sal ambil dekat bus stop di desasiswa masing-masing and finally kami pun bergerak menuju ke lokasi sup melalui Pintu Sungai Dua.
Hampir 15 minit kami dah sampai Georgetown, kak Sal cakap lokasinya di Gerogetown dekat dengan CityTel Hotel. Namun hampir 30 minit kami berpusing-pusing masih tak jumpa. Setiap kali kami pusing-pusing mesti sampai ke Balai Polis Georgetown. Ikutkan hati, macam mahu masuk Balai tu tanyakan alamat dimana lokasi Sup Hameed. Yang peliknya, 2 orang member nie orang penang.. pun boleh sesat.. Haha.. Akhirnya, kita orang masing-masing buka "Waze". Guna waze pun masih berpusing-pusing di tempat yang sama.. aduhhh~~ dan kali ke tiga akhirnya kami jumpa juga Sup Hameed Penang Road tu.. Actually, ianya betul-betul dihadapan Hotel Malaysia dan Hotel Continental, Penang dan bersebelahan dengan stesen minyak Shell. Secara luarannya, Restoran Sup Hameed nie nampak biasa saja dan terletak di tepi jalan raya. Orang yang datang memang ramai sebab tu meja-meja letak sampai dekat luar. Terbaik!!
Haaa~~ ini rupa dia Sup Hameed yang kami sesat pusing-pusing cari
Ruang Dalam
Kami pilih untuk makan di dalam sebab di luar semua dah penuh. Lagipun majority lelaki yang lepak makan di luar. Segan noh..
Ni sup saya yang punya.. hehe.. Saya makan Sup Daging dan yang lain semuanya makan Sup Kambing. Saya tak makan kambing.. huhu ruginya~~
Dari kiri Kak Sal dan Ija
Dari kiri sebelah saya Kak Ita dan Sis Gayathri
Yang nie Sup Kambing.. terbaik dari lading ^__^
Disini kalau makan Sup, ianya akan turut disertakan dengan 2 keping roti bersaiz besar. So, kiranya makan sup bersama roti. This is my first time, sebelum nie saya makan sup dengan nasi kosong.
Sup dekat Sup Hameed nie, rasa dia memang kaw-kaw dan sodap.. Sesiapa yang on diet tu, jangan pergi sini dulu noh.. hehe, tapi kalau nak datang juga boleh, esok pagi jogging satu round.. haha.. just kidding.. sekali sekala apa salahnya kan.. :)
Entry kali nie saya nak cerita pasal roommate yang tinggalkan saya.. huhu.. bunyi macam sedih ajoo kan..
ok, anyway.. saya di usm, penang sekarang. Kalau last year saya di Desasiswa Fajar Harapan, semester kali ini saya di Desasiswa Indah Kembara (IK). Minggu lepas my roommate, Zila suddenly balik kg dia dekat Pitas, Sabah. Dia ada masalah sedikit.. Actually, saya dan dia roommate sejak tahun satu lagi.. So, kali nie pun kami daftar bersama.. tapi apa boleh buat dia kena pulang..
Yang sedihnya, saya bersendirian di bilik. Hurrmmm.. sunyi tu boleh tahan lagi, tapi takut tu yang tak boleh tahan terutamanya kalau malam mahu ke bilik air.. Haaiisssshhh.. Lepas tu tido menghadap katil sebelah yang kosong, macam-macam yang saya imagine.. huhuhu.. So, terpaksa saya tido buka lampu meja belajar.
Saya duduk blok L07 di tingkat paling atas (tingkat 3) akibat lambat mendaftar sebab kalau daftar awal akan dapat bilik bawah dan ramai pelajar. Dekat blok saya nie, ada 2 bilik ja yang ada penghuni daripada 7 bilik yang ada.. yang satu bilik tu student Chinese yang duduk, itu pun pernah bertembung sekali masa nak pergi pantry. CNY mesti dia orang balik kg celebrate. Kesimpulannya saya akan duduk sendiri di bilik tanpa roommate di blok yang sunyi sepi.
Hari nie saya tiada kelas, so dalam bilik tido ajolah.. sarapan pagi dan makan tengah hari saya langsung takda turun kantin. Saya makan biskut Quaker saja di bilik + air mineral. Malam nie memang plan turun makan di kantin sebab perut dah berbunyi minta di isi.. Tetapi, tup-tup mesej masuk daripada Kak Sal ajak keluar makan sup.. wahhhh.. orang kata rezeki jangan di tolak.. So, sekarang dah hamper pukul 8 malam.. Saya gerak dulu makan sup~~~ ^__^
Firstly, "Selamat Tahun Baru 2014" ^__^
Moga tahun nie akan memberi lebih banyak kebahagiaan, kegembiraan, kejayan dan juga keberkatan
Biarkan tahun 2013 berlalu membawa kenangannya bersama.
Soalan klishe, apa azam tahun nie?? kalau saya di ajukan soalan macam nie, confirm saya akan ambil masa setengah jam untuk fikir.. haha. Ok, azam saya tahun nie :-
1. Jadi hamba Allah s.w.t yang lebih baik
2. Anugerah dekan (tahun akhir baru nak dekan, haha)
3. Xperia Z
4. Guilin, China
5. Travel with Star Cruises (haaa.. yang nie paling awal termakbul, this Jan)
Sekarang nie, saya sibuk bergelumang dengan tugasan dan study memandangkan due date dah dekat. Jadual memang best giler sebab tarikh yang ada kuliah memang cun. So, tarikh yang saya takda kuliah tu, memang dah siap highlight destinasi Ria.. (^__^)
That's all for this time, nak confirm booking Star Cruise dulu.
Anyway, can't wait for a magical journey on the high sea.. :)