Rasanya dah lama aku disini bergelumang dengan buku-buku dan nota. Final exam yang meresahkan.. Semoga aku lulus untuk bergraduate.. Amin..
Selama berpindahkhidmat ke tempat kerja baru nun jauh, tanggungjawab lebih besar, agak sibuk dan banyak benda kena belajar. So, aku tak banyak masa dan kesempatan untuk study lebih-lebih lagi aku berada di tahun akhir.
Aku masih disini.. lagi seminggu lebih sebelum final exam ini habis. Member-member lain dah ada yang habis.. huhu.. Dah nasib aku paper lambat habis dan nampaknya puasa pertama aku kat sini la jawabnya.. Even aku exam dekat Kota Kinabalu, tapi tak sempat pun nak balik kampung ke L.Datu sebab perjalanan jauh dan aku pun kena study untuk exam.
Habis ja exam aku akan terus terbang balik ke FJB. Mesti keja aku berlambak menunggu aku masuk ofis.. rindu pula dengan tilam bujang dan bantal sebiji dekat tg.puteri dannnnn bf aku WM7141.. kihkihkih.. mesti dah penuh dengan daun2 kering yang berguguran dekat parking.
Anway, balik FJB nanti ada beberapa perkara yang aku dah list nak buat :
1. Aku nak spend satu hari tu tidoooo ja sebab aku dekat sini tak cukup tido.. uwaaaaaaaaaa..
2. Aku nak makan banyak-banyak sebab dekat sini nak makan hostel jauh dari kedai makan.. hari-hari makan meggi dan biskut kering+kopi tenom.. huhu.. nak makan nasiiiiii!!! dan lauk banyakkk.. (tomyam, asam pedass, dll.. haha)
3. Nak ronda puas-puas (kira celebrate dah habis exam la kononnya). Tapi yang nie kena postpond kot.. sebab aku balik nie dah bulan puasa.. :) nanti ronda2 lapar pulak.. haha
Hampir 6 bulan aku berada
disini. Banyak saat-saat sukar yang aku hadapi disini membuatkan aku rindu pada
keluarga dan rakan-rakan di kg halaman. Menghadapi saat-saat sukar ini sendiri
juga membuatkan aku rasa sedih dan kadangkala airmata jatuh tanpa aku
sedar.
Manusia memang tidak ada yang
sempurna dan tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. Namun kita perlu
sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri tanpa rasa jemu. Iri hati, dengki,
mengumpat dan bersangka buruk adalah salah satu daripada penyakit hati. Firman
Allah s.w.t yang bermaksud "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah
Allah penyakitnya;dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka
berdusta" surah al-baqarah ayat 10. Semoga aku tidak tergolong di kalangan
mereka yang mempunyai penyakit hati.
Imam syafie pernah berkata
"Sebesar-besar keburukan seseorang itu ialah mereka yang bercerita
mengenai keburukan orang lain sedangkan mereka ada keburukan itu".
Berhadapan dengan masa-masa
sukar ini, tiada sebaik-baik perkara yang aku perlu lakukan melainkan bersabar.
Sabar kadangkala pahit namun rasanya indah selepas itu. Aku hanya perlu menarik
nafas dalam-dalam dan bersabar. Semoga aku akan terus diberikan kesabaran yang
teguh. Walau apapun yang terjadi aku tahu yang aku ada DIA yang Maha Berkuasa
dari segalanya dan aku tidak perlu takut melainkan kepadaNya. Menyedari hakikat
itu, hati aku menjadi lapang dan masih mampu tersenyum dan berbuat baik. Aku
pasti ada hikmah disebaliknya.
Aku berdoa semoga mereka dan
juga aku sendiri diberikan hidayah kerana hidayah itu milik Allah dan milik
Allah sahaja. Semoga aku dijauhkan daripada penyakit hati, ujub dan sombong.
"Didalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka
baiklah keseluruhannya. Jika buruk daging itu, maka burukla keseluruhannya dan
yang membezakan manusia adalah buruk atau baik daging itu. Sesungguhnya daging
itu adalah hati.."
Kepada mereka yang ada diwaktu
aku senang dan susah disini, tiada ungkapan terima kasih yang dapat digambarkan
untuk aku luahkan. Semoga Allah membalas jasa baik dan murahkan rezeki kalian.
Kepada mereka yang melukakan
hati, aku maafkan dengan seikhlasnya kerana Allah.
Bulan hadapan sekali lagi aku
akan menduduki peperiksaan untuk yang terakhir untuk sem akhir. Belajar sambil
bekerja memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Kerja yang
banyak, tesis yang rumit memang membuatkan aku pening. Bulan hadapan juga inshaa
Allah akan bertemu ramadhan buat kesekian kalinya.. tak sabar.. :)
Ini saja untuk kali ini, salam
and peace
Friday 29 August 2014
Lama tak jenguk blog.. banyak perkara nak share tapi takda kesempatan lagi nak update.. :)
Anyway, saya masih disini, sihat walafiat alhamdulillah dan masih boleh tersenyum di samping keluarga dan rakan-rakan..
Future October, i'll transfer to a new place.. uwwaaaaa.. i hope i'll fine at there.. honestly, i don't know how to express my feeling when HQ told me about that.. :(
But its okay, tiket sekarang pun dah murah and anytime i can going back to my hometown.. hehehe.. hopefully.. ^__^
Sedar tak sedar hari ni dah 27 ramadhan. Tidak lama lagi lagi Syawal akan menjelang tiba. Entry kali ni, saya bukan nak cerita tentang raya ya.. sebab belum raya lagi pun.. ^__^
Setelah sekian lama, baru ada masa update blog memandangkan sepanjang ramadhan ni agak sibuk sedikit.. (sibuk la sangat kan..) haha.. anyway, sepanjang ramadhan saya nak kongsi rutin seharian :
1. Balik awal
Setiap hari boleh dikatakan saya akan berdiri tegak depan finger print mesin, merenung jarum jam berdetik tepat jam 4. hihi.. Di Sabah buka puasa awal, so saya akan balik awal sebab driving jauh..
2. Tidur
Bulan puasa agak kurang tidur sedikit sebab siang pergi keja. Balik jam 4 sampai rumah berbuka puasa. Lepas solat isya', pergi solat sunat terawih, pulang dah jam 9.30, sampai rumah biasanya saya akan tido jam11 malam. jam 3.30 pagi bangun sahur, solat subuh dan bersiap pergi kerja. Tapi takpala.. ramadhan datang setahun sekali saja. :)
3. Aktiviti kebajikan syarikat
Seperti ramadhan yang lepas-lepas, ramadhan tahun ni macam biasa kami adakan sumbangan ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Moga dapat meringankan beban mereka. Aminn..
Hari ni suasana pejabat agak bosan sedikit, mungkin sebab mood raya yang menerpa.. Tapi saya maintain ja.. keja macam biasa. sedikit sebanyak ada juga rasa sedih mengenang ramadhan yang mula berganjak pergi. Ramadhan yang didalamnya penuh dengan keberkatan, kemuliaan dan pahala berlipat ganda.
Final exam membuatkan saya kurang tidur, rasa berdebar dan kadangkala resah. Banyak benda yang bermain di fikiran.. apa soalan yang keluar ya? tajuk apa? susah ka? senang ka?.. selagi belum duduki paper tersebut, rasa macam ada batu dalam kepala.
Hingga hari nie dah 3 paper yang saya dah lepas.. bila keluar sahaja dari dewan exam, rasa macam batu keluar daripada kepala. tapi ada beberapa batu lagi dalam kepala nie.. hmmm.. Honestly, banyak2 paper, saya paling risaukan paper matematik. Advance Calculus II memang membuatkan otak nie di perah sangat. Nasib baik paper maths semester-semester yang dulu dapat skor. tapi, untuk paper yang kali nie, susahnya dah tahap panda.
Beberapa hari nie rasa macam tiada "life" je sebab bergelumang dengan buku-buku dan laptop. Mata macam da bengkak.. hehe.. tapi layan kopi cap tenom memang menyegarkan. ceh..
Rindunya dengan tv. Banyak drama-drama yang ketinggalan.. huhu. Harap-harap astro pvr tu berfungsi dengan baik dan merakam semua episode tersebut.. hehe.. tak sabar rasanya mau layan tv.. "Running Man, Goddes Marriage, Cheongdam-Dong Alice" Semua cerita korea.. why?? sebab Korean drama lebih realistic berbanding drama melayu kot. "Running Man" buat semua stress hilang dan ketawa sorang2 menegangkan kulit muka.. :) "Goddes Marriage" kisah kehidupan berbeza 4 orang yang menjalani rumah tangga.. perkhawinan bukan hanya memerlukan cinta, tetapi juga tanggungjawab dan rasa juga dilindungi. Rasa cinta dan sayang tu lagi penting. Lepas tengok cerita ni, saya boleh rumuskan, jangan berkahwin dengan orang yang hati kita bukan untuk dia tetapi hati kita dah tersemat padu untuk orang lain sebab biarpun dah kahwin, kita mungkin susah untuk lupa dan untuk tidak memikirkannya lagi walau kita dah simpan jauh di lubuk hati dan ingin lupakannya. Hipokrit di depan pasangan akan membuat hati kita akan menjadi terlalu sakit bagai batu yang menghentam hati. (copy paste ayat dari drama tu k... :p)..Walaubagaimanapun, masa adalah penawar segalanya kan.. Jodoh ditangan tuhan, itu yang terbaik untuk kita.. tapi kena usaha la juga.. hehe.. ok. stop.
"Cheongdam-dong Alice" pun best tahap panda juga.. :) tapi synopsis nya nantila cerita.. hehe.. penat da menaip.. kalau mau, tengok sendiri isnin-jumaat jam 6.30 petang. :p
Oh ya, malam nie malam nisfu syaban, inshaAllah panjang umur kita akan sambut ramadhan tak lama lagi. banyakkan beribadah dan lakukan amalan yang baik. amin..
Following is really mean song.. peace and salam.. ^__^
"Little wonders" by rob thomas
Let it go, Let it roll right off your shoulder Don't you know The hardest part is over Let it in, Let your clarity define you In the end We will only just remember how it feels
Our lives are made In these small hours These little wonders, These twists & turns of fate Time falls away, But these small hours, These small hours still remain
Let it slide, Let your troubles fall behind you Let it shine Until you feel it all around you And i don't mind If it's me you need to turn to We'll get by, It's the heart that really matters in the end
Our lives are made In these small hours These little wonders, These twists & turns of fate Time falls away, But these small hours, These small hours still remain
All of my regret Will wash away some how But i can not forget The way i feel right now
In these small hours These little wonders These twists & turns of fate These twists & turns of fate Time falls away but these small hours These small hours, still remain, Still remain These little wonders These twists & turns of fate Time falls away But these small hours These little wonders still remain
Sudah 2 hari selepas saya, kak sal and the geng pegi makan sup..
Masa naik kereta tu, saya memang tak tahu lokasi makan sup tu dimana sebab saya kan sabahan, memang tak expert kalau tempat-tempat yang spesifik dan tersorok nie.
Ok, dijadikan cerita kami pergi berlima, saya (sabah), kak Sal (kajang), kak Ita (kajang), Gayathri (penang) dan Ija (penang). Tuan punya kereta ialah kak Sal, so semestinya dia driver.. hehe.. Satu-satu kita orang kak Sal ambil dekat bus stop di desasiswa masing-masing and finally kami pun bergerak menuju ke lokasi sup melalui Pintu Sungai Dua.
Hampir 15 minit kami dah sampai Georgetown, kak Sal cakap lokasinya di Gerogetown dekat dengan CityTel Hotel. Namun hampir 30 minit kami berpusing-pusing masih tak jumpa. Setiap kali kami pusing-pusing mesti sampai ke Balai Polis Georgetown. Ikutkan hati, macam mahu masuk Balai tu tanyakan alamat dimana lokasi Sup Hameed. Yang peliknya, 2 orang member nie orang penang.. pun boleh sesat.. Haha.. Akhirnya, kita orang masing-masing buka "Waze". Guna waze pun masih berpusing-pusing di tempat yang sama.. aduhhh~~ dan kali ke tiga akhirnya kami jumpa juga Sup Hameed Penang Road tu.. Actually, ianya betul-betul dihadapan Hotel Malaysia dan Hotel Continental, Penang dan bersebelahan dengan stesen minyak Shell. Secara luarannya, Restoran Sup Hameed nie nampak biasa saja dan terletak di tepi jalan raya. Orang yang datang memang ramai sebab tu meja-meja letak sampai dekat luar. Terbaik!!
Haaa~~ ini rupa dia Sup Hameed yang kami sesat pusing-pusing cari
Ruang Dalam
Kami pilih untuk makan di dalam sebab di luar semua dah penuh. Lagipun majority lelaki yang lepak makan di luar. Segan noh..
Ni sup saya yang punya.. hehe.. Saya makan Sup Daging dan yang lain semuanya makan Sup Kambing. Saya tak makan kambing.. huhu ruginya~~
Dari kiri Kak Sal dan Ija
Dari kiri sebelah saya Kak Ita dan Sis Gayathri
Yang nie Sup Kambing.. terbaik dari lading ^__^
Disini kalau makan Sup, ianya akan turut disertakan dengan 2 keping roti bersaiz besar. So, kiranya makan sup bersama roti. This is my first time, sebelum nie saya makan sup dengan nasi kosong.
Sup dekat Sup Hameed nie, rasa dia memang kaw-kaw dan sodap.. Sesiapa yang on diet tu, jangan pergi sini dulu noh.. hehe, tapi kalau nak datang juga boleh, esok pagi jogging satu round.. haha.. just kidding.. sekali sekala apa salahnya kan.. :)